Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

PENYOKONG PAS MOHON PAS KELUAR PR - SUATU REALITI?

Demonstrasi pelik yang berlaku Ahad semalam membuatkan hamba terfikir-fikir, ada juga sebuah kumpulan yang sanggup berbuat begitu untuk mewujudkan satu isu bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat. Jika iapun hendak membuat satu konspirasi, janganlah mengumpulkan 20 orang sahaja untuk berhimpun, sekurang-kurangnya bawalah paling kurang 200 orang berdemo, baru ada 'kick'. Kumpulan 20 insan yang mengaku penyokong PAS telah menyatakan pendapatnya bahawa sesungguhnya, mereka tidak mahu PAS dipergunakan oleh PKR dan DAP. Mereka mahu PAS masih kekal memperjuangkan Islam di arena politik pemerintahan di Malaysia ini dengan cara keluar dari Pakatan Rakyat kerana menganggap PR tidak mengendahkan perihal kepentingan umat Islam dan orang Melayu. Mungkin mereka ini diupah oleh UBN. Mungkin juga mereka ini sebenarnya adalah ahli umno berlakon menjadi penyokong PAS. Namun, mungkin juga mereka ini memang benar penyokong PAS yang bukan ahli tetapi dipergunakan oleh UBN untuk kepentingan UBN. Ad

KEMALANGAN MAUT- SALAH PEMANDUKAH?

Imej
10 insan manusia meninggal dunia akibat kemalangan bas di lebuhraya PLUS. 4 insan manusia meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal bertembung lori di negeri utara Semenanjung Malaysia. 38% angka kematian meningkat akibat kemalangan jalanraya setakat hari ini untuk tahun ini. Semua ini berita yang amat menakutkan untuk pengguna jalanraya. Jalan raya di Malaysia sekarang ini seperti satu zon 'untuk mati cepat'. Setiap pengguna jalanraya di Malaysia sekarang ini adalah seperti mayat hidup yang tidak ketahuan bilakah masanya diantara pengguna itu akan tidak bernasib baik menjadi salah satu angka statistik kematian akibat kemalangan. Adakah kemalangan di Malaysia ini adalah semata-mata kerana kecuaian pengguna jalan raya yang selalu disebut di dalam TV, oleh pemimpin dan oleh pihak berkuasa polis atau JPJ. Setiap kali berlakunya kemalangan, maka pemandulah yang dipersalahkan. Setiap kali kemalangan, maka cepat-cepat satu rencana dialog dibuat untuk menunjukkan bahawa pemandu

MAJLIS AKAD NIKAH - THE UNSEEN HEROES

Imej
Gambar sekitar pertunangan anak sepupu hamba. 24 Disember 2010. Seorang insan yang akan menanggung beban tanggungjawab yang sangat besar, menjadi seorang suami. - Mohd Fauzi bin Dr. Hussin. Putih lepok. Baju, tubuh, hati dan nurani. Kenapa tak nyaut-nyaut anak pupu hamba ni. Tok Kadi panggil nama dia buat deeeek je? Ayah pengantin perempuan mengakadkan sendiri pernikahan anak perempuannya. - 1000 degupan sesaat, itulah frekuensi jantung silelaki baju melayu putih itu. he, he...... Sebelum ini haram buat gini, sekarang sudah berpahala. Tetapi bukanlah depan orang ramai, lain pula ceritanya nanti. Peristiwa yang dulu-dulu, jika ada peristiwa begini, diharap kedua mempelai ini memohon ampun kepada Allah SWT, agar rumahtangga ini diberkati Allah. Didalam majlis akad nikah, insan yang perlu hadir adalah kedua-dua pengantin, wali, saksi dan kadi. Yang lain-lain itu tidak hadir pun tidak mengapa. Namun kehadiran yang lain-lain itu juga sebenarnya didalam konteks bangsa M

KERJA PUNYA PASAL. -(CERITA MENANTU TOKGURU)

Hari ini hari Khamis. Hamba cuti. Cuti terakhir untuk tahun ini. Kiranya, dapatlah hamba cuti 4 hari sekaligus. Esok kerajaan beri cuti hari Krismas. Hamba tidak mahu cuti esok, tetapi, kerajaan beri, jadi kenalah cuti..... Hari ini juga, anak sepupu hamba akan bernikah. Di Kajang. Hamba diwajibkan hadir oleh sepupu hamba untuk ke sana. Disebabkan inilah, hamba ambil cuti pada hari ini. Jika tidak, hamba bercadang mengambil cuti pada Khamis minggu depan. 27 hari sebulan. Itulah jumlah hari yang diberi kepada hamba untuk bercuti daripada syarikat tempat bekerja hamba. Banyak tu. Tahun depan, 2010, syarikat menambahkan lagi 5 hari cuti menjadikan jumlah semuanya sebanyak 32 hari cuti setahun untuk tahun depan. Kerana apa tambah 5 hari lagi, kerana hamba telah bekerja selama 10 tahun di syarikat itu. Banyaknya cuti. Alhamdulillah, elok benarlah cuti dibanyakkan tahun depan, kerana isteri hamba akan bersalin untuk kali ketiga tengah bulan tujuh nanti. Bolehlah ambil cuti panjang sikit u

POLITIK UNTUK ORANG JAHAT SAHAJA?

Imej
Dalam buku itu ada apa ya jika mamat cermin mata itu adalah poitician? Sabtu lepas, hamba ada berkata-kata dengan ibu hamba di rumahnya. Kata-kata yang jarang berlaku. Iaitu kata-kata hal-hal politik. Kata-kata kami anak beranak tentang politik hari itu tidak lama, hanya sekitar kurang 5 minit, tetapi amat mendalam kepada hamba. Ianya bermula ketika hamba menonton iklan petronas. Iklan yang mempunyai lakonan 4 manusia Malaysia berkata-kata tentang minyak baru petronas. Seorang bercakap dalam bahasa Melayu, seorang Tamil, seorang Mandarin dan seorang Inggeris. Ibu hamba memang menyampah dengan iklan itu. Setiap kali iklan itu terpampang di TV, ibu hamba akan merungut, 'Malaysia sudah takde bahasa rasmi ke?', itulah keluhan ibu hamba. Hamba bersetuju dengan ibu hamba, tetapi hamba tidak luahkan persetujuan hamba kepada ibu. Hamba buat macam endah tak endah sahaja. Tetapi hari Sabtu itu, entah pasal-pasal, hamba sengaja hendak mengusik ibu hamba. Maklumlah, sudah lama tidak m

KONVENSYEN BLOGGER PAS DAN KELAB BLOGGER PAS

Imej
Banner Konvensyen. Pagi tadi hamba telah pergi ke Konvensyen Blogger PAS. Anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat. Oleh kerana hamba ada blog, dan hamba adalah ahli jemaah Parti Islam SeMalaysia, maka hamba pun berkenanlah untuk pergi ke sana. Banyak juga perkara yang telah dapat diperolehi oleh kami, blogger-blogger atau gejuis-gejuis PAS. Peranan gejuis untuk memberi maklumat, atau risalah seperti yang disebut oleh Tok Guru Presiden semasa perasmian, adalah satu bebanan amanah yang perlu ditanggung dan dipertanggungjawabkan kepada gejuis semasa diakhirat kelak. Setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh gejuis akan dihitung oleh Allah Rabbul Jalil di padang masyar nanti. Baru hamba terperasan, bahawa maklumat yang fitnah, bukan hanya setakat maklumat palsu, tetapi maklumat yang betul juga boleh membawa kepada hukuman dosa fitnah. Contohnya memberi maklumat keburukan orang, namun dengan memberi maklumat itu akan memberi kesusahan kepada orang itu. Itu juga fitnah namanya. Padahal ke

MASJID PERLU DIBEBASKAN DARIPADA PEMIKIRAN SEKULARISME.

Hamba selalu mendengar dari ahli-ahli kariah masjid yang mengatakan jangan masukkan hal-hal politik didalam masjid. Sehinggakan AJK-AJK masjid yang sejemaah dengan jemaah Islam pun ada yang mengatakan 'hal masjid, masjid, hal politik, markas.' Betulkah pendirian itu? Sultan seluruh Malaysia, jika bertitah berkenaan cerita masjid, mesti baginda akan bertitah, jangan jadikan masjid sebagai medan politik. Lebih-lebih lagi di Selangor. Pelik, tetapi itulah realiti kehidupan sekarang ini, masjid dan politik tidak boleh dicampur adukkan. Jika seseorang itu masuk ke dalam masjid sahaja, maka akan seperti perbuatan yang berdosa dan boleh membatalkan iktikaf di masjid jadinya jika kita berkata-kata perihal politik tanah air. Mulut seseorang yang menyebut hal-hal politik seperti dilabelkan sebagai manusia kurang ajar lagi biadap. Mengapa begitu anggapan orang ramai? Sehinggakan ustaz-ustaz yang berceramah di masjid pun ada berkata, 'Ana kuliyyah Maghrib tidak pernah pun menyebut b

CERITA-CERITA 1 MAZWANDI.

Imej
Ish,.... dah lama tidak berblog. Bukannya tidak mahu blogging, cumanya, broadband hamba kena block. 3 bulan tidak bayar. Duit tak kecapaian. Terpaksalah pinjam adiknya jika pulang ke Bukit Damansara. Semalam dapat gaji. Alhamdulillah, dapat lebihan RM115.00. 2 tahun punya bayaran laptop, bayaran bulanan pinjaman dengan tempat hamba kerja. Maksudnya, laptop yang hamba sedang taip ini, sudah tiada berhutang dengan syarikat hamba bekerjalah. Maka, semalam juga, hamba sudah settlekan hutang broadband hamba. Bolehlah hamba blogging dengan senang hati. Banyak cerita hendak cerita; Banyak cerita hamba hendak sebut hari ini. Salah satunya cerita berkenaan dengan Malaysia menang emas acara bolasepak. Ok le tu gamaknya Malaysia menang 1-0 dengan Vietnam. Asyik kalah je sebelum ini dengan negara komunis tu. Syukur. Tetapi, yang dasyatnya, 1 emas bola punya pasal, habis emas-emas yang lain seperti menjadi second class emas. Dasyat penangan bolasepak ni. Kepala segala sukan agaknya. Pol

KOMUNIS SAMA SESAT DENGAN SEKULARIS, KAPITALIS DAN NASIONALIS.

Hamba ada mendengar dari berita, bahawa kerajaan Malaysia sekarang tidak akan memaafkan Chin Peng dan Parti Komunis Malaya akibat dari perbuatan beliau dan PKM itu yang telah membunuh orang awam dan askar Malaysia selama lebih 40 tahun. Walaupun dalam Islam, memaafkan seseorang itu adalah satu pahala yang besar, tetapi takpelah, kerajaan Malaysia berhak tidak memaafkan PKM dan Chin Peng kerana perbuatan mereka yang lalu-lalu. Hamba sekarang menetap di Rasa, kawasan Hulu Selangor, berdekatan dengan Kuala Kubu Bharu dan Fraser Hill. Tempat ini dahulunya adalah tempat kawasan hitam semasa darurat dahulu. Hitamnya kawasan ini adalah sehingga tahun 1989, tahun dimana PKM dan Kerajaan Malaysia berdamai. Bukannya PKM menyerah kalah, cumanya berdamai dengan Malaysia dan menyerahkan segala senjata dan membubarkan PKM di Malaysia (bab bubar ni, hamba tak pasti). Dan ianya semuanya bersyarat. Syaratnya, semua ahli PKM dibenarkan keluar dari hutan kembali ke tempat tinggal masing-masing dan ker

GAMBAR2 RAYA HAJI DI BATU ENAM.

Imej
Raya haji lepas, hamba ada beraya di Batu Enam, Trengganu. Hamba tidak korban tahun ini, begitu juga isteri. Kewangan tidak berapa mengizinkan. Maklumlah, baru renovate rumah, banyak guna duit. Namun, hamba tidak terlepas juga buat kerja korban ini. Raya dua berjaya menumbangkan 2 ekor lembu. Raya pertama, seperti biasa, pagi itu, jam 8.00 pagi, hamba ke masjid untuk solat sunat raya. Sebelum itu, subuh, hamba solat jemaah subuh. Subuh wajib, solat adha sunat, kena ingat tu. Isteri hamba tidak pergi, tinggal rumah jaga 2 anak hamba yang comel tu. Lagipun, isteri hamba mabuk-mabuk. Hamba pakai baju melayu merah dan kain pelekat merah. Berketayap putih. Raya di Batu Enam seronok sedikit, sebab tidak perlu pakai baju melayu lengkap dengan samping. Rimas weiii..... Sebelum pergi ke masjid at-Taqwa, sempat jugalah hamba mengambil kamera di letak dalam kocek baju melayu. Tidak pernah lagi seumur hidup hamba pergi ke masjid sambil membawa kamera. Dan kesimpulannya, hamba tidak menyesal l

CERAMAH PERDANA IR. NIZAR.

Imej
Jangan lupa datang. Jangan tak datang ya........