GAMBAR2 RAYA HAJI DI BATU ENAM.

Raya haji lepas, hamba ada beraya di Batu Enam, Trengganu. Hamba tidak korban tahun ini, begitu juga isteri. Kewangan tidak berapa mengizinkan. Maklumlah, baru renovate rumah, banyak guna duit.

Namun, hamba tidak terlepas juga buat kerja korban ini. Raya dua berjaya menumbangkan 2 ekor lembu.

Raya pertama, seperti biasa, pagi itu, jam 8.00 pagi, hamba ke masjid untuk solat sunat raya. Sebelum itu, subuh, hamba solat jemaah subuh. Subuh wajib, solat adha sunat, kena ingat tu.

Isteri hamba tidak pergi, tinggal rumah jaga 2 anak hamba yang comel tu. Lagipun, isteri hamba mabuk-mabuk.

Hamba pakai baju melayu merah dan kain pelekat merah. Berketayap putih. Raya di Batu Enam seronok sedikit, sebab tidak perlu pakai baju melayu lengkap dengan samping. Rimas weiii.....

Sebelum pergi ke masjid at-Taqwa, sempat jugalah hamba mengambil kamera di letak dalam kocek baju melayu. Tidak pernah lagi seumur hidup hamba pergi ke masjid sambil membawa kamera. Dan kesimpulannya, hamba tidak menyesal langsung membawanya, kerana apa? Kerana gambar yang diambil, membuatkan raya haji 1430 ini dapat dikenang dengan lebih lama sebab ada gambar yang boleh dibuat ingat.

Jalan menuju ke masjid, atau lorong menuju ke masjid Batu Enam dari rumah toktua hamba. Sebelah kiri tu, rumah ayah De, adik toktua hamba. Depan belah kanan tu, Pasti.

Mimbar masjid at-Taqwa, Batu Enam. Snap yang dibuat dalam keadaan was-was. Sebab tiada manusia pada ketika itu yang sibuk mengambil gambar semasa khatib memberi khutbah aidiladha.

Makmun sedang khusyuk mendengar khutbah raya, masjid at-Taqwa, Batu Enam.

Penuh. Makmum yang datang bersolat hari raya di masjid at-Taqwa ini, yang dulunya dipanggil masjid Ustaz Awang.


Cara binaan mimbar masjid at-Taqwa, Batu Enam ini adalah seakan serupa dengan cara binaan di masjid Rusila, masjid ayah Chik.


Masjid at-Taqwa ini ada 2 tingkat dan setingkat lagi diatasnya adalah pejabat, menjadikan ianya 3 tingkat. Gambar menunjukkan orang ramai yang keluar dari masjid untuk balik ke rumah masing-masing untuk kerja rebang pula.

Pemandangan dari belakang masjid. Kelihatan orang ramai keluar dari masjid untuk pulang ke rumah. Aidiladha 1430, jam 9.15 pagi.


Menuju rumah tok tua, lorong pulang ke rumah dari masjid.

Inilah dia rumah toktua hamba. Belah kiri tu kereta Oddyssey hamba.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?