PENYOKONG PAS MOHON PAS KELUAR PR - SUATU REALITI?

Demonstrasi pelik yang berlaku Ahad semalam membuatkan hamba terfikir-fikir, ada juga sebuah kumpulan yang sanggup berbuat begitu untuk mewujudkan satu isu bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat. Jika iapun hendak membuat satu konspirasi, janganlah mengumpulkan 20 orang sahaja untuk berhimpun, sekurang-kurangnya bawalah paling kurang 200 orang berdemo, baru ada 'kick'.

Kumpulan 20 insan yang mengaku penyokong PAS telah menyatakan pendapatnya bahawa sesungguhnya, mereka tidak mahu PAS dipergunakan oleh PKR dan DAP. Mereka mahu PAS masih kekal memperjuangkan Islam di arena politik pemerintahan di Malaysia ini dengan cara keluar dari Pakatan Rakyat kerana menganggap PR tidak mengendahkan perihal kepentingan umat Islam dan orang Melayu.

Mungkin mereka ini diupah oleh UBN. Mungkin juga mereka ini sebenarnya adalah ahli umno berlakon menjadi penyokong PAS. Namun, mungkin juga mereka ini memang benar penyokong PAS yang bukan ahli tetapi dipergunakan oleh UBN untuk kepentingan UBN.

Ada 3 kemungkinan yang boleh dibarangkalikan. Jika dua kemungkinan yang pertama itu adalah jawapannya, maka PAS tidak perlulah membuat tindakan susulan terhadap peristiwa itu. Tetapi, jika kemungkinan yang ketiga itu berlaku, maka PAS dan Pakatan Rakyat perlu membuat sesuatu agar pengundi berkenaan tidak lari atau merajuk untuk membantu PR dalam pilihanraya nanti.

Mungkinkah ada satu atau sekelompok pihak yang berpandangan bahawa Islam dan Melayu tidak akan memainkan peranan didalam politik Pakatan Rakyat? Adakah wujud di mana sekumpulan manusia yang cintakan Islam dan bangsa Melayu mempunyai perspektif yang negatif terhadap Pakatan Rakyat jika ianya ada kaitan dengan Islam dan Melayu? Betulkah terdapat sekumpulan penyokong, simpitizer atau pengundi PAS yang beranggapan bahawa PAS susah hendak berperanan untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu didalam Pakatan Rakyat.

Persoalan-persoalan ini perlu diselidiki dengan terperinci oleh PAS. Samada PAS Selangor atau PAS negeri-negeri lain dan juga PAS Pusat. Kerjasama bersama Pakatan Rakyat juga perlu digemblengkan adakah isu yang dibuat-buat oleh 20 pendemo itu, sebenarnya adalah juga satu realiti yang senyap yang sedang bermain-main didalam hati nurani rakyat Malaysia beragama Islam atau rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang tidak memihak dengan mana-mana pertubuhan parti politik.

Perkara ini perlu dipantau dan dikaji. Setelah dikaji dan memantau, perkara ini perlulah mempunyai resolusi bagaimana cara untuk mengembalikan kembali keyakinan kepada umat Islam, bangsa Melayu dan juga rakyat yang bukan Islam dan bukan Melayu agar masih dan akan kekal bersama-sama dengan Pakatan Rakyat didalam menegakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Ulasan

pasbs2 berkata…
Salam tuan Engineer , tahniah dengan aktifnya blog RASA ini.Mudahan tahun hijrah 1431 ini kita sam-sama mantapkan sebaran info dan berjuang di dunia maya di samping kerja-kerja fizikal seperti usrah & dan kerja2 parti
Orang Melaka berkata…
Salam..

Berkenaan komen saudara di laman Tranungkite, saya sudah menguji blog saya di Mozilla Firefox, Google Chrome dan Internet Explorer.

Saya dapati hanya pelayar Internet Explorer saja yang gagal memaparkan side kanan blog saya dengan betul. Firefox dan Chrome ok.

Jadi, saya cadangkan sdra gunakan Firefox kerana ianya pantas dan selamat dari virus.

Jika sdra sedang menggunakan firefox, sila pastikan cookies disetkan dengan betul. Caranya:

Klik Option > Privacy > tanda pada accept cookies from site.

Nota: Ujian dilakukan dengan menggunakan Streamyx 1.0Mbps.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?