KERJA PUNYA PASAL. -(CERITA MENANTU TOKGURU)

Hari ini hari Khamis. Hamba cuti. Cuti terakhir untuk tahun ini. Kiranya, dapatlah hamba cuti 4 hari sekaligus. Esok kerajaan beri cuti hari Krismas. Hamba tidak mahu cuti esok, tetapi, kerajaan beri, jadi kenalah cuti.....

Hari ini juga, anak sepupu hamba akan bernikah. Di Kajang. Hamba diwajibkan hadir oleh sepupu hamba untuk ke sana. Disebabkan inilah, hamba ambil cuti pada hari ini. Jika tidak, hamba bercadang mengambil cuti pada Khamis minggu depan.

27 hari sebulan. Itulah jumlah hari yang diberi kepada hamba untuk bercuti daripada syarikat tempat bekerja hamba. Banyak tu. Tahun depan, 2010, syarikat menambahkan lagi 5 hari cuti menjadikan jumlah semuanya sebanyak 32 hari cuti setahun untuk tahun depan. Kerana apa tambah 5 hari lagi, kerana hamba telah bekerja selama 10 tahun di syarikat itu. Banyaknya cuti.

Alhamdulillah, elok benarlah cuti dibanyakkan tahun depan, kerana isteri hamba akan bersalin untuk kali ketiga tengah bulan tujuh nanti. Bolehlah ambil cuti panjang sikit untuk mengendali anak yang baru lahir dan isteri yang sedang berpantang. Dan juga, manalah tahu, ada pilihanraya ke, ada muktamar ke, bolehlah diselitkan cuti pada tarikh itu.

Bercakap berkenaan cuti, hamba ada terfikir tentang kebisingan manusia-manusia di Kelantan dan luar Kelantan tentang isu menantu Tok Guru Nik Aziz. Mereka bising-bising menyuruh agar menantu tokguru itu meletakkan jawatan dia dengan segera. Kenapalah pula?

Biarlah menantu tokguru itu letak jawatan bulan Mac 2010 nanti. Bukannya dengan meletakkan jawatan secara tertangguh itu satu perkara yang salah. Ianya tidak salah, ianya diperuntukkan oleh majikan beliau. Jika diperuntukkan, biarlah beliau hendak menikmati lagi 3 bulan gaji untuk beliau sara hidup keluarganya sebelum beliau menganggur.

Inilah masalahnya apabila orang PAS sudah terikut-ikut dengan politik perspektif. Apa, ingat Aziz Bari itu pakar perihal politik ke? Aziz Bari itu pakar perlembagaan persekutuan sahajalah. Jangan minta nasihat sakit jantung dengan doktor gigi. Mati dibuatnya nanti.

Hamba terkasihan melihat menantu tokguru itu. Peluang dia bekerja untuk mendapatkan pendapatan telah diganggu oleh orang politik unislamic. Suka buat cerita. Sudahlah politik kerja pun sudah kelam kabut, ini pula ditambah dengan politik pemerintahan dicampur adukkan dengan politik kerja. Masak kawan kita itu.

Jika hamba menjadi beliau, hamba akan menghabiskan cuti tahunan sebelum meletakkan jawatan. Rileks sebulan sambil mencari kerja baru. Gaji masuk, insyaAllah kerja baru pun dapat. Ok le tu......

- pendapat hamba tentang kes menantu tok guru berdasarkan kepada soal kerja dan tempat pendapatan periuk nasi beliau.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?