MAJLIS AKAD NIKAH - THE UNSEEN HEROES
Gambar sekitar pertunangan anak sepupu hamba. 24 Disember 2010.
Didalam majlis akad nikah, insan yang perlu hadir adalah kedua-dua pengantin, wali, saksi dan kadi. Yang lain-lain itu tidak hadir pun tidak mengapa. Namun kehadiran yang lain-lain itu juga sebenarnya didalam konteks bangsa Melayu, adalah satu kehadiran yang penting juga.
Cuba bayangkan, proses akad nikah yang hanya dihadiri oleh pengantin, wali, kadi dan saksi, kan ke pelik namanya itu. Maka akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari orang sekeliling. Kahwin tidak dapat restu keluargalah, nikah nombor dua lah, berkahwin kerana jadi pak sangguplah. Kan ke naya dibuatnya kepada pengantin itu. Maka adalah satu perkara penting juga, didalam majlis akad nikah itu, keluarga terdekat menghadiri sama majlis yang barokah itu.
Namun, sebenarnya, selain ahli keluarga dan rakan-rakan karib yang turut hadir, ada satu lagi kelompok kumpulan yang hadir ke majlis akad nikah. Kumpulan ini adalah kumpulan yang dirasakan seperti ghaib kedatangannya namun orang ramai tahu akan kehadiran kumpulan itu. Kumpulan ini adalah kumpulan yang amat sibuk ketika majlis akad nikah ini berlangsung namun orang ramai seperti tidak nampak atau buat-buat tidak nampak kehadiran mereka.
Hendak tahu siapakah ahli kumpulan ini? Hendak tahu apakah gerangannya mereka menyibuk-nyibuk dengan urusan majlis akad nikah ini? Mereka ini adalah kumpulan pemetik foto. Ya, kumpulan photographer. Kumpulan yang akan mengambil gambar dan akan mengabadikan peristiwa akad nikah itu ke dalam sebuah filem untuk dipertontonkan kepada si pengantin dan ahli keluarganya untuk dijadikan kenangan sehingga akhir hayat.
Mulia sungguh kerja mereka. Profesional sungguh kerja mereka. Namun, didalam banyak-banyak filem-filem foto yang diambil didalam majlis akad itu, tiada satu foto pun yang diambil untuk memaparkan kerja-kerja mereka. Tidak pernah ada dan tidak pernah hamba nampak.
Maka, hari Khamis lepas, hamba telah mengfotokan sedikit gambar mereka-mereka ini, 'the unseen heroes', semasa majlis akad nikah anak sepupu hamba.
Ulasan