KEMALANGAN MAUT- SALAH PEMANDUKAH?

10 insan manusia meninggal dunia akibat kemalangan bas di lebuhraya PLUS. 4 insan manusia meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal bertembung lori di negeri utara Semenanjung Malaysia. 38% angka kematian meningkat akibat kemalangan jalanraya setakat hari ini untuk tahun ini. Semua ini berita yang amat menakutkan untuk pengguna jalanraya.


Jalan raya di Malaysia sekarang ini seperti satu zon 'untuk mati cepat'. Setiap pengguna jalanraya di Malaysia sekarang ini adalah seperti mayat hidup yang tidak ketahuan bilakah masanya diantara pengguna itu akan tidak bernasib baik menjadi salah satu angka statistik kematian akibat kemalangan.


Adakah kemalangan di Malaysia ini adalah semata-mata kerana kecuaian pengguna jalan raya yang selalu disebut di dalam TV, oleh pemimpin dan oleh pihak berkuasa polis atau JPJ. Setiap kali berlakunya kemalangan, maka pemandulah yang dipersalahkan. Setiap kali kemalangan, maka cepat-cepat satu rencana dialog dibuat untuk menunjukkan bahawa pemandulah yang bersalah akibat kemalangan itu akibat sikap mereka.


Betulkah itu? Betulkah hanya pemandu yang cuai perlu dipersalahkan 100% setiap kali berlakunya kemalangan.


Jika betul, apakah yang boleh dibuat oleh mereka yang bertanggungjawab dan ada kaitan langsung dengan jalan raya di Malaysia. Adakah dengan menegur orang ramai, membuat iklan dan bising-bising di TV menasihati orang ramai agar berhemah di jalanraya dapat mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan.


Jawapan mudahnya adalah, TIDAK!


Lihat sahajalah statitik kematian akibat kemalangan. Semakin tahun, semakin meningkat. Semakin diwar-warkan kempen penggunaan jalanraya di media, maka makin jugalah kematian akibat kemalangan di jalanraya semakin meningkat.


Mengapa ini berlaku? Mengapa setiap kali ada kemalangan, ada kematian yang berlaku.


Jika mengikut statistik, semakin banyak kenderaan di jalanraya, semakin tinggi kemalangan berlaku. Bermaksud apa? Ini bermaksud, kemalangan dijalanraya memang tidak boleh dielakkan. Akan berlaku kemalangan jalanraya setiap hari di Malaysia. Ianya tidak boleh dielakkan. Namun, apa yang boleh dikawal sikit sebanyak, adalah kadar kemalangan itu sendiri, adakah kemalangan ringan, kemalangan sederhana dan kemalangan besar, ianya boleh dikawal sebenarnya. Kematian akibat kemalangan juga boleh dikawal statistiknya. Jadi bagaimanakah caranya?


Caranya adalah senang dan mudah. Cumanya ianya melibatkan pengeluaran kewangan.


1) Jalanraya di seluruh Malaysia mestilah dinaik tarafkan.

Jalan yang berlopak-lopak, berlubang-lubang dan jalan yang beralun-alun tidak sekata perlulah ditambah nilaikan dengan satu jalan yang baik mengikut piawai lebuh raya negara Jerman yang tiada hadlaju.


2) Tar lebuh raya perlulah ditukar kepada jalan tar yang bole meresap air. Ini kerana majoriti lebuhraya di Malaysia adalah jalanraya yang licin lagi merbahaya ketika berlakunya hujan.


3) Mewajibkan seluruh kereta di Malaysia dilengkapi dengan AirBag dan sistem ABS, anti breaking system. Sekarang ini, tiada langsung undang-undang di Malaysia yang menwajibkan kenderaan di Malaysia dilengkapi dengan AirBag dan sistem ABS.


Dengan adanya sistem ini disetiap kenderaan di Malaysia, maka kemungkinan untuk mengurangkan kemalangan maut dapat berlaku. Namun jangan beranggapan kemalangan biasa tidak akan berlaku, cumanya kemalangan maut mungkin insyaAllah kurang berlaku.




4) Menghapuskan cukai-cukai yang menyebabkan pembelian kenderaan di Malaysia ini adalah mahal.


Sepatutnya, dengan kekayaan yang diperolehi oleh negara Malaysia ini dengan sumber minyaknya, rakyat Malaysia adalah rakyat yang kaya raya dengan kekuatan pembelian kenderaan adalah kenderaan Mercedez bagi yang paling koman. Namun apakan daya, Malaysia diperintah oleh mereka yang gila duit dan dunia.


Jadi, apakah yang patut dilakukan oleh rakyat marhaen seperti kita? Dudukdepan TV lihat astro? Naik kereta dan menyerah diri kepada takdir agar tiada berlaku kecelakaan. Bagi hamba, mungkin ada sedikit keselamatan kerana kereta hamba ada Airbag dan sistem ABS yang sudah alhamdulillah menyelamatkan keadaan akibat jalan licin, tetapi kepada yang tiada?........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?