KOMUNIS SAMA SESAT DENGAN SEKULARIS, KAPITALIS DAN NASIONALIS.

Hamba ada mendengar dari berita, bahawa kerajaan Malaysia sekarang tidak akan memaafkan Chin Peng dan Parti Komunis Malaya akibat dari perbuatan beliau dan PKM itu yang telah membunuh orang awam dan askar Malaysia selama lebih 40 tahun.

Walaupun dalam Islam, memaafkan seseorang itu adalah satu pahala yang besar, tetapi takpelah, kerajaan Malaysia berhak tidak memaafkan PKM dan Chin Peng kerana perbuatan mereka yang lalu-lalu.

Hamba sekarang menetap di Rasa, kawasan Hulu Selangor, berdekatan dengan Kuala Kubu Bharu dan Fraser Hill. Tempat ini dahulunya adalah tempat kawasan hitam semasa darurat dahulu. Hitamnya kawasan ini adalah sehingga tahun 1989, tahun dimana PKM dan Kerajaan Malaysia berdamai. Bukannya PKM menyerah kalah, cumanya berdamai dengan Malaysia dan menyerahkan segala senjata dan membubarkan PKM di Malaysia (bab bubar ni, hamba tak pasti). Dan ianya semuanya bersyarat.

Syaratnya, semua ahli PKM dibenarkan keluar dari hutan kembali ke tempat tinggal masing-masing dan kerajaan Malaysia memberikan sebidang tanah kepada askar komunis ini. Dari kepala komunis Malaya, sehingga ke askar pangkat paling kecil.

Maksudnya, di kawasan hamba ini, di kampung cina Rasa, ada bekas-bekas komunis menjadi orang biasa tinggal seperti orang biasa.

Ok le tu gamaknya? Mungkin mereka sudah bertaubat.

Tetapi, yang peliknya, mengapa Chin Peng tidak dibenarkan menjejakkan kakinya di Malaysia ini? Mengapa Malaysia tidak menepati perjanjian yang telah dibuat diantara kita dengan komunis ini? Memang mereka komunis, jahat, takpercaya tuhan, tetapi adakah Malaysia juga hendak berperangai seperti komunis dengan tidak menepati perjanjian yang telah dimeterai sewaktu kita sibuk dengan sukan SEA di K.L dahulu?

Oh ye, .... hamba terlupa,.... Kerajaan Malaysia pimpinan BN memang jenis tidak menepati perjanjian walau straight forward macam mana pun perjanjian itu. Terengganu dan Kelantan sudah terbiasa dengan itu. Dahulu, Terengganu dimangsakan dengan wang royalti minyak dari Petronas, sekarang Kelantan pun sama juga dengan Terengganu.

Maksudnya apa disini. Maksudnya, sebenarnya, kerajaan Malaysia ini sekarang adalah sebuah kerajaan bukan Islam. Ianya adalah sebuah kerajaan Kapitalis nasionalis Melayu Cina India. Sebuah Kerajaan sekular yang memisahkan Islam dengan pentadbiran kerajaan.

Dalam Islam, sesatnya komunis, adalah sama sahaja dengan sesatnya kapitalis, nasionalis dan sekularis. Jadi mengapa umat Melayu hanya sibuk dengan komunis? Mana sensitifnya kamu dengan kapitalis, nasionalis dan sekularis? Atau adakah melayu ini hanya melayu, bukannya Islam?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?