CERITA RAYA 1430
Malam raya, buat tabir dari rumah ke rumah. Kumpulan dipisahkan 4 kumpulan. Hamba dengan ayah pergi ke kumpulan yang didalamnya ada rumah ayah hamba. Kumpulan setiabistari namanya. Tahun ini, kumpulan ini ada 6 buah rumah sahaja. Tidak ramai. Tak tahu apa sebab. Rumah ayah hamba nombor ke 5 takbir.
(Nampak belakang tu. Dia tu la Khairy. Jiran hamba. Tapi dia tak kenal hamba, jika kenal, mungkin dia dah masuk PAS)
Yang menariknya, rumah ke 4, takbir ke rumah Dato Rahmah. Dato Rahmah itu perempuan, bukan laki, nape dipanggil Dato, hamba pun tidak faham. Kenal tidak muslimat ini? Dia ini ibu kepada Khairy, Khairy Jamaludin, isteri kepada Allahyarham Jamaludin. Ibu kepada Ketua Pemuda Umno tu. Iya,.... Khairy adalah jiran hamba, dan beliau adalah sebaya dengan hamba. Dapatlah salam dengan dia.
(Ni,kain tutup meja dari Bahrain nih.....)
(Comel tu )
(Mereka yang hadir takbir raya. Ada Mat Saleh dari US tu....)
(Dalam ini ada orang Kazastan le pulak. Dasyat orang Bukit Damansara nih..)
Raya pertama, seperti biasa, minta ampun dengan ibu dan ayah. Hendak lihat lelaki macho menangis, masa inilah dia. Menangis macam budak 2 tahun. Ye lah, banyak dosa dengan ibu ayah.
Hari ini, hamba depan lap top ini buat blog di batu enam. Selasa. Tengah hari ini ada orang datang hendak bertunang dengan hamba. Eh, silap, dengan adik ipar hamba. Hamba hendak mandi kejap. Yap,hamba depan lap top ini dengan badan yang busuk, tidak mandi lagi. Isy..... busuk,.... busuk....
Ulasan