CERITA RAYA SIKIT

Raya tahun ini, hamba beraya di Bukit Damansara, K.L. Rumah ibu ayah hamba. Raya kedua, hamba akan ke Batu Enam pula, Kuala Terengganu. Naik kereta. Tidak naik kapal terbang. Takut H1N1.

Baju dan kelengkapan raya, semua sudah dibeli. Untuk isteri, untuk anak-anak, beli baju, beli tudung. Untuk hamba, hamba beli satu kopiyah putih je.

Hamba tiap raya, akan beli hadiah untuk ibu dan ayah hamba. Pada tahun ni, hamba masih mencari-cari idea, hadiah apa yang hendak diberi kepada ayah dan ibu nanti? Hendak beli capal, ayah sudah ada banyak capal. Hendak beli tudung, ibu sudah ada banyak tudung. ........ apa ye hendak diberi,......

Abang hamba, seperti tahun lepas, dia akan beraya di Bahrain. Tapi, tahun ini, abang hamba akan balik, cuma bukan waktu raya pertama, 2 minggu lepas raya, abalong akan balik Malaysia selama 2-3 minggu, insyaAllah.


(Hamba dan abalong. Tengah tido. Tapi, ini gambar tahun lepas, tahun ini, kami adik beradik sudah maintain kurus macho....)

Bercadang hendak buat open house tahun ni. Sambil open house, hendak buat doa selamat duduk rumah 'baru' dan hendak buat kenduri hari lahir anak-anak hamba dan anak buah hamba sekali, 4 bulan 10 ini. Jika diizin Allah. Mungkin kambing golek, menu sampingan yang akan dijamu..... sedapnya.

Walaubagaimanapun, menu kepala lembu tidak akan dihidangkan, kerana jiran-jiran hamba, ada orang Hindu. Islam menghormati agama lain.

Tempat tinggal hamba ini, lebih kurang 150 meter, ada satu kuil besar, yang terletak di tengah-tengah rumah kampung baru cina. Pelik, memang betul-betul pelik. Ada kuil hindu tengah-tengah masyarakat Budha.

Semalam, semasa hendak ke masjid untuk solat Isya', kereta hamba kena lalu pekan cina dahulu. Agak sibuk sedikit pekan itu. Selalunya tidak sibuk, tetapi malam itu sibuknya lain macam.

Azan sudah 10 minit berlalu, hamba masih di pekan cina. Marah juga hati hamba. Cuma dalam hati je lah marah, tapi muka masih senyum. Bukan apa, kesian melihat rakan-rakan cina. Tidak bersama kita, manusia Melayu, pergi ke masjid untuk solat bersama-sama. Teruk sangat ke Melayu ini, tidak reti berdakwah kepada jiran-jiran yang berbangsa lain ini. Bodoh juga Melayu ini, ..... bodoh berdakwah......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?