CERITA DEKAT LAGI RAYA

Esok puasa 29.

Hari ini, puasa 28.

Ahad, raya.

Puasa di Malaysia, tahun ini, 29 hari je. Tidak perlu lihat anak bulan. Memang kompem puasa tahun ini 29 hari je. Mazhab baru agaknya. Atau pihak printing tidak mahu pening kepala perlu tukar kalendar Hijrah, jika ada pula kes tidak nampak anak bulan malam Ahad ini.

Terpulanglah kepada pemerintah. Hamba tidak tanggung apa-apa. Diorang je yang kena tanggung.... ye ke?

Zakar fitrah belum bayar lagi. Lepas jumaat ini, hamba hendak bayar le. Bayar 4 insan. Hamba, isteri, anak no.1 dan anak no.2. Seorang, RM7.00, 4 orang, jadilah RM28.00. Hendak beri beras, pihak zakat tidak mahu terima, takpelah, kita guna mazhab Hanafi. Tak salah.

Lepas bayar fitrah, hamba hendak ngambil 4 ekor ayam kampung di kampung Napi. Sebelah masjid je. Raya ni, kita makan lauk ayam kampung le, sodap ni......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?