SALAM HARI RAYA. - CERITA DI KAMPUNG TOK TUA.

Salam aidilfitri kepada semua. Maaf zahir dan batin.

Seminggu bercuti, maka seminggu itu jugalah hamba tidak melayar laman alam maya. Sibuk beraya di Terengganu dan kemudian ke Melaka dan kemudian ke K.L dan kemudian ke Selangor.

Tahun ini adalah tahun hamba membayar zakat fitrah untuk 4 manusia, termasuk hamba. Teringat lagi sewaktu dahulu, mula-mula, tidak bayar langsung, ayah tanggung, kemudian untuk diri sendiri, kemudian 2 orang, kemudian 3 orang dan tahun ini, 4 orang. Alhamdulillah.

Isnin lepas, bersamaan dengan 29 Ramadhan, hamba, isteri dan 2 anak hamba telah balik ke Terengganu menaiki kapal terbang firefly. Kapal jenis baru. Cukup selesa. Hari Jumaat petang, 26 Ramadhan, hamba dan keluarga telah ke K.L untuk ke rumah ibu dan ayah hamba selama 3 hari sebelum ke rumah tok tua hamba. Maklumlah, tahun ini giliran kampung isteri hamba, sebelum ke Terengganu, mestilah menjenguk ibu dan ayah kandung hamba dahulu.

Di Terengganu, tahun ini, anak-anak tok tua hamba yang tinggal di perantauan semuanya balik ke Batu Enam. Bermaksud, dapatlah hamba berjumpa dengan biras hamba yang agak popular pada rakyat biasa-biasa macam hamba yang IQnya rendah. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat nombor salasa dalam ranking.

Ingat hamba, biras hambalah yang akan baca khutbah Hari Raya tahun ini, rupa-rupanya tidak, ada masjid lain telah 'booking' lebih awal. Masjid At-Taqwa Batu Enam lambat menelefon biras hamba untuk di'booking'kan membaca khutbah raya. Walaubagaimanapun, khutbah raya di sejik ustaz awang tetap power lagi excelent yang dibawa oleh tidak salah hamba, diberitahu oleh tok tua hamba, yang menjadi khatib solat raya itu adalah menantu ustaz Awang.

Seperti biasa, di rumah tok tua hamba, akan berlakulah cakap-bercakap diantara biras-biras dan abang-abang ipar tentang apa-apa yang terlintas di hati. Kebanyakan berlaku di ruang tamu. Rumah tok tua hamba, dapur adalah kawasan larangan untuk kaum lelaki memasukinya kerana disitu adalah zon membuka aurat bagi muslimat. Alhamdulillah, keluarga disini cukup menekankan aurat diantara ipar duai yang sering kali tidak dilakukan oleh keluarga hamba di sebelah Melaka. Cumanya, mahzab telah diturunkan sedikit kepada mazhab Hanafi gamaknya kerana stokin tidak dipakai oleh muslimat di dalam rumah.

Apa yang hamba hendak terangkan disini ialah dalam banyak-banyak perkara-perkara yang dicakap-cakapkan oleh kami biras-ipar-duai, hanya ada satu ketika hamba telah mengaju beberapa soalan cepu emas tentang politik jemaah Islam PAS kepada biras hamba yang menjadi AJK PAS Pusat itu.

Hamba bertanya, "apa cerita dengan PAS? Ada 2 kelompok nampak?". Jawab biras, "biasalah tu, hanya beza pandangan. Takda apa yang perlu dirisaukan."

Tanya hamba lagi, "Mustaffa dengan Tok guru apa cerita?", jawab biras hamba lebih kurang, "Takda apalah, cuma miss under standing sahaja antara tok guru dengan Mustaffa Ali. Setelah pertemuan, semuanya telah jelas."

Tanya hamba lagi, "Husam apa cerita?". Jawab biras hamba lebih kurang. "Dia jenis orang hendak perubahan yang drastik." sambil tersenyum biras hamba menjawabnya.

Tetapi, yang lebih penting, apa yang telah diungkap oleh biras hamba kepada hamba, iaitu lebih kurang begini. "Apa guna kita berjuang atau kita memerintah jika Islam itu tidak dibawakan bersama." Maksud biras hamba itu hamba faham dan komfem faham. Islam adalah matlamat utama. Jika bukan, baik masuk UMNO atau PKR je,.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?