BERSIH 3.0; YG MAKI2 POLIS TU APA HAL? TERIMA JELAH.

Ramai juga kekawan yang tidak puas hati dengan polis kerana kekerasan yang dibuat oleh mereka terhadap pendemo Bersih 3.0 tempoh hari. Ayat makian sudah menjadi seperti kewajiban untuk sesiapa yang pergi atau melihat sendiri kekejaman polis di youtube atau blog-blog yang berselerak di alam maya.

Jawapan saya mudah. Jika tidak mahu kena belasah, jangan pergi demo. Senang.

Mahu tidak mahu, polis yang membelasah pendemo itu sebenarnya sedang melaksanakan tugas yang diperintahkan kepada mereka. Menendang, menumbuk, membelasah beramai-ramai, merampas kamera wartawan, memukul wartawan, menembak air asid, menembak gas pemedih mata, menembak canister gas pemedih mata ke arah tubuh manusia, tangkap borong, semuanya adalah kerana ianya adalah arahan kerja yang telah diturunkan kepada mereka.
Sebab tak ikut undang2. Oh,  Malaysia ku....

Oleh itu, yang korang semua yang sudah ke sana, dan terkena perkara-perkara itu, patut menerimanya kerana perbuatan polis adalah sah dan perbuatan kamu semua yang berdemo itu adalah melanggari undang-undang.

Mengikut undang-undang Malaysia, polis betul, dan Bersih 3.0 adalah salah. Total.

Seperti jugalah demo anti Kriket Israel pada 1997 dahulu. Dari segi hak asasi, memang jelas Israel adalah negara yang setan dalam dunia. Tidak layak dijadikan sebagai negara kerana dasarnya yang terlalu kejam. Dalam undang-undang Malaysia juga, negara Israel adalah negara yang tidak diiktiraf oleh Malaysia. Jadi membenarkan pasukan kriket Israel masuk ke Malaysia, adalah satu perbuatan melanggar undang-undang Malaysia sendiri oleh kerajaan Malaysia.

Tetapi, oleh kerana yang tidak bersetuju itu telah buat demo, maka yang tidak bersetuju itu telah melanggari undang-undang Malaysia. Walaupun demo anti Kriket Israel itu adalah betul dan benar, tetapi ianya tetap melanggar undang-undang dan perbuatan polis menembak air asid, membelasah, memukul, menerajang, menangkap borong, menerajang rakyat dalam masjid, belasah masuk masjid dengan kasut sambil menangkap rakyat dalam masjid, adalah satu perbuatan yang sah dan mereka yang kena tangkap itu yang sebenarnya, didalam undang-undang Malaysia, adalah 'penjenayah'.

Jadi, kepada pendemo, janganlah kutuk dan maki polis, sebab memang itu kerja dia yang telah diarahkan. Jika kamu semua telah bersetuju untuk pergi demo, makanya, kamu sudah bersedia untuk melanggari undang-undang Malaysia, maka berbanggalah kamu kerana sudah melanggari undang-undang Malaysia yang zalim ini. Jangan maki polis, tetapi makilah kepada mereka yang mengarahkan polis bertindak demikian.

Tahu ke tidak tahu, siapa yang mengarah dan mengizinkan perbuatan polis itu. Jika tidak tahu, tanya Rosmah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?