SERBU RUMAH AMBIGA; BIARKAN MEREKA.

Hari ini, saya berkenan untuk bercerita tentang satu cerita yang menarik perhatian saya. Walaupun firasat saya ini hanya bernilai 5 kupang, namun kerana perkara ini adalah penting, maka saya akan perturunkan juga pendapat peribadi saya ini kepada para penjenguk blog saya yang tidak seberapa.

Mulanya, sila baca ini dahulu, (100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga).

Jika diperhatikan, disebabkan peristiwa ini berlaku di Malaysia, bumi yang dipanggil Malaysia Boleh, maka peristiwa ini dianggap peristiwa yang tidak pelik lagi biasa-biasa. Sedangkan demo tayang punggung pun boleh difikirkan oleh rakyat Malaysia, jadi apalah sangat dengan demo yang dibuat oleh puak 'Halau' ini.
Membersihkan PRU itu kotor? Bodo punya Melayu.


Cumanya, yang pelik bin ajaibnya adalah, reaksi kepada seluruh rakyat Malaysia tentang isu ini. Satu reaksi yang memusykilkan telah terwujud ketika ini, apabila peristiwa 'menyerang demo' di depan rumah Ambiga semenjak 2 minggu lepas, telah menyebabkan, rakyat Malaysia hilang tumpuan.

Tumpuan sekarang lebih banyak menumpu kepada batang tubuh Ambiga. Baik yang menyokong Bersih, atau yang tidak menyokong Bersih. Pihak yang menyebelahi Bersih akan bertungkus-lumus menyelamatkan Ambiga, manakala yang menentang Bersih bertungkus-lumus 'menyerang' rumah Ambiga.

Saya Melayu, dan saya tak mengaku mereka ini juga Melayu.
Oleh itu, perasan atau tidak perasan, rakyat Malaysia seperti terlupa satu perkara. Iaitu apa yang diperjuangkan Bersih itu sendiri. Iaitu membersihkan sistem pilihanraya Malaysia yang selama ini kotor, menipu, berat sebelah dan yang paling teruknya, ketiga-tiga yang disebut itu kesemuanya telah diundang-undangkan.

Tidak perasankah wahai rakyat Malaysia, apa yang dibuat oleh puak-puak ciptaan umno ini, iaitu 'Halau', 'Bersih 4.0' dan MBPKL, adalah ciptaan umno untuk menghilangkan tumpuan, atau lebih tepat, menghilangkan momentum untuk rakyat Malaysia mendesak Kerajaan dan SPR, untuk merevolusikan sistem pilihanraya yang penuh dengan penipuan ini.

Sudah lupakah wahai rakyat Malaysia, yang turun ke Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, apakah tujuan kita turun ke jalanraya, dengan teruk dibelasah polis, di tembak gas pemedih mata, dan di sembur air asid, adalah semata-mata untuk mendesak Kerajaan dan SPR membersihkan sistem pilihanraya Malaysia yang dicintai ini.

Kita turun bukan kerana Ambiga, bukan kerana Samad Said, bukan kerana Anwar, bukan kerana Nik Aziz, tetapi turun kerana cintakan keadilan terhadap pilihanraya. Pilihan untuk kita, rakyat Malaysia, memilih pemimpin, memilih ketua Kerajaan, memilih manusia yang mewakilkan kita di Parlimen, untuk membentuk Malaysia yang diredhai Allah SWT.

Tolong jangan lupa, Bersih itu apa. Tolong jangan lupa, perjuangan Bersih itu untuk apa.

Bukan bermaksud kita akan membiarkan Ambiga duduk dengan tidak tenteram di rumahnya kerana adanya pengacau-pengacau lalat-lalat umno ini. Tidak. tetapi, yang hendak diperkatakan ini, isu membersihkan pilihanraya tidak terbantut akibat perbuatan pengacau-pengacau ini. Kerana yakinlah, mereka mengacau kerana ada arahan berbentuk RM disalurkan kepada mereka.

Dan mereka akan duduk diam setelah duit itu hilang entah ke mana. Kerana saya juga yakin, pendemo yang diupah itu juga telah ditipu oleh pemberi upah yang pasti akan lari dengan duit upah dari tokey besar. Percayalah......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?