KAPITALIS BODOH.


Kapitalis bodoh.

 

Banyak-banyak cerita dalam Malaysia, cerita ni yang paling best hendak saya gejuiskan. Cuba korang semua baca ini dulu 'Protes burger' depan rumah Ambiga

 
 Depa kata Ambiga itu menetap di Bukit Damansara. Eh, itu kampung saya tu. Mak Ayah saya memang menetap di Bukit Damansara. Tak sangka lah pula semek Ambiga itu adalah jiran se taman dengan mak ayah saya. Tapi taklah pula diberitahu, alamat rumah semek Ambiga ini. Jika diberitahu, bolehlah saya singgah ke rumah Ambiga. Bukannya apa, singgah untuk beli burger.

Ye lah. Kasihan pada sipenjual burger itu, yang katanya dia kerugian berbilion-bilion ringgit kerana dek pengacau Bersih 3.0 pada hari Sabtu 2 minggu lepas. Kesian sungguh. Ada juga manusia yang tidak reti berniaga dengan mengambil 'kesempatan' untuk meraih keuntungan dengan berbondong-bondong manusia berkumpul di satu tempat.

Jual aiskrim pun laku maaaa....
Cuba ambil contoh mamat dalam gambar sebelah. Jual aiskrim pun untung berlipat kali ganda. Apalah bodoh si Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS). Kot ye pun nak jadi kapitalis, jadilah kapitalis yang bersungguh-sungguh. Stupid.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?