BERSIH 3.0; DARI SUDUT PANDANGAN AYAH SAYA.
Dukacita dan irihati. Inilah 2 jiwa yang ditanggung oleh saya ketika ini. Dukacita kerana pertama kalinya dalam dua kali, tidak dapat turun ke demo. Satunya mansuhkan ISA, dan keduanya Bersih 3.0. Mungkin 2.5 kali. Kerana Bersih 2.0, terkandas di Lebuhraya PLUS akibat tayar motor yang pancit.
Lebih-lebih lagi hati terasa iri ketika berborak-borak dengan kawan-kawan yang berpeluang pergi. Menceritakan cerita-cerita dan ketika-ketika berada dalam demo kuning kali ketiga itu, dengan gaya dan lunak bahasa yang mengkagumkan diri sendiri, membuatkan saya berasa .. cukup 'geram'. Sepatutnya, saya pun ada bersama mereka pada 28 April itu.
Namun, apakan daya, takdirnya, saya dipaksa kerah untuk bekerja pada ketika itu.
"Tapi bos, esok saya hendak pergi Bersih."
"Alaah, engko Bersih dekat ofis je laa...."
Dua dialog petang Jumaat, jam 5.30 petang, antara saya dengan bos saya. Bos saya penyokong kuat Pakatan Rakyat.
Disebabkan saya sudah tahu bahawa saya tidak akan dapat hadir ke demo Bersih 3.0, maka saya membuat satu keputusan, untuk membuat satu eksperimen, dimana, pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin, saya akan menggelapkan diri saya dari mengikuti apa-apa perkembangan kehidupan dunia luar dan dalam Malaysia, dengan tidak menggunakan internet. Total hanya menggunakan media mainstream. Bukan media alternatif.
Dan saya telah berjaya melakukannya, kecuali sekali, ketika jam 2.00 petang Sabtu, saya 'terpaksa' membuka internet, kerana hati begitu terseksa, ingin mengetahui apakah perkembangan di Dataran Merdeka. Tetapi hanya dengan 10 minit, meluangkan masa.
Dari hasil kajian menggelapkan diri dari internet, maka kesimpulan yang saya dapati ialah, Pakatan Rakyat dalam bahaya jika PRU 13 berlangsung, walau dengan tiada penipuan dalam pilihanraya, 2 hari selepas Bersih 3.0. Mungkin akan sedikit reda, jika Harakah, yang dipegang oleh parasit, 'mengembangkan' keluarannya sehingga 5 kali ganda dan disebar 5 kali ganda ke ceruk rantau kampung-kampung dan Felda-Felda.
Ini kerana, dengan apa yang diperolehi dari Telivisyen, Bersih 3.0 adalah ganas, menyusahkan orang lain dan kerja angkara dana asing. 3 perkara yang saya perolehi ini, adalah hasil media mainstream, yang telah menggunakan segala kelicikan mereka, untuk menspin cerita, merosakkan kredibiliti Pakatan Rakyat. Dan mereka telah melakukan kerja itu dengan cukup cemerlang dan teratur. Very organize. Mungkin ini yang dinanti-nanti oleh BN, apakah berbaloi mengeluarkan ringgit berjuta-juta kepada APCO. Dan APCO telah menjalankan kerjanya dengan baik. Menipu.
Kajian utama saya adalah melihat, apakah reaksi 2 orang yang paling dekat dengan saya, iaitu ayah dan ibu saya sendiri. Apakah kesimpulan yang diperolehi oleh mereka berdua, yang telah membesarkan saya, dengan situasi perjalanan politik di tanah air melalui sinopsis Bersih 3.0. Ibu dan ayah tidak pernah membuka internet. Ayah saya buta komputer, dan ibu saya buta internet.
Apa yang menarik perhatian saya ialah, reaksi ayah saya melihat berita jam 8.00 malam di TV3 berkenaan dengan Bersih 3.0. Melihat dari raut wajah, ayah saya seperti mengerti bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan berita yang diberitakan. Ayah tidak mempercayai 100% apa yang diberitakan oleh Buletin Perdana, begitu juga, ayah saya tidak mempercayai 100% apa yang ditulis di Harakah dan KeAdilan. Tetapi, apa yang menarik perhatian saya ialah, persoalan yang ditimbulkan oleh ayah. Lebih kurang begini soalan beliau kepada saya.
"Apa guna mereka semua berdemo beramai-ramai, kemudian balik ke rumah masing-masing, sedangkan tuntutan yang mereka tuntutkan, masih belum dijawab oleh SPR? Sepatutnya beranikan diri demo berbulan-bulan sehingga tuntutan mereka dapat dituntut.".
Ambek kau! Itulah dia minda ayah hamba, bekas seorang kakitangan kerajaan, yang begitu aktif didalam Kesatuan Kerja, yang pernah memimpin mogok pekerja pada 70-an dan 80-an, memberikan pendapat beliau, tentang fungsi dan syarat-syarat, kenapa kita berdemonstrasi.
Oleh itu, apa kata kita fikirkan kembali, apa yang perlu dilakukan pada Bersih 4.0 nanti.
Bersambung .......

Takde internet, takdelah jumpa gambar ini. |

Ulasan
Sekarang, selepas kaji peranan media yg sepatutnya neutral, baru la kita nampak & tahu yang M'sia ni teruk sengetnya.
Orang macam tungkaran hati lagi teruk... tahu provok saja. Pegi cari kerja jadi SB la, seswai buat lu brader... haha!
Kena fahami!
Dlm amalan demokrasi, menumbangkan kerajaan adalah dibenarkan.
Salah satu caranya adalah dgn pilihanraya.
Rakyat mesti diberi mandat yg saksama utk menentukan siapa pemimpin mereka dlm membentuk kepimpinan kerajaan.
Dgn demikian, sekiranya berlaku pertukaran kerajaan selepas pilihanraya maka akan berlakulah transaksi dgn ketertiban mengikut lunas undang2.
Inilah yg diamalkan oleh Jepon, Amrika, UK, Ostrolia, India, sekrim Mongolia, Indon, Thai & negara2 demokrasi lain!
Pilihanraya adalah intipati method penukaran sesatu kerajaan maka, pilihanraya tu mesti BERSIH, adil & telus!!
BERSIH 1,2&3.0: menuntut Suruhanjya Pilihan Raya berlaku adil & tidak menipu serta cenderung ntk memenangkan parti2 tertentu. Pulohan ribu peserta BERSIH 3.0 hanya mewakili kurang 1% rakyat yg celik akan penipuan2 SPR!
Hanya pkra 3. Pengunaan Dkwat Kekal, dipersetujui SPR pd PRU 13 nanti yg mana dikuatiri spt PRU 12, last2 minute SPR membatalkan pengunaan dakwat tersebut dgn alasan keselamatan!
BERSIH 3.0 menuntut:
pkra 1. BERSIHKAN senarai daftar pemilih!
~Ribuan nama dlm daftar SPR yg bercanggah dgn daftar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
~Ada nama dlm daftar kematian JPN tetapi masih kekal dlm daftar SPR.
~Beratus2 nama dlm daftar JPN layak mengundi tetapi digugurkan kelayakan mengundi dlm daftar SPR sedangkan individu2 tersebut keluar mengundi setiap kali pilihanraya.
~Dikesan di Parlimen Pekan terdapat 18000 peningkatan undi baru yg amat luarbiasa jika dibandingkan Parlimen Kuantan sebanyak 5000 pengundi baru didaftarkan.
~Terdapat 13000 nama pengundi Sabah dipindahkan ke Selangor & 5000 nama pengundi Sarawak juga dipindahkan ke selangor sedangkan nama2 serta individu2 tersebut masih kekal di negeri masing2.
~Dikesan didaftar SPR tiada senarai daftar kematian dikwsn Tjg Karang, Sabak Bernam, Ijok sejak 2008.
~Terdapat beratus2 nama yg dipindah2kan oleh SPR dri lokaliti asal tanpa pengetahuan & kebenaran yg empunya nama.
~Terdapat dlm daftar SPR yg menimbulkan syak, duplikasi ic utk seseorang individu tertentu memiliki 2,3,4,5... keping ic dgn meletakan tanda "/" pda ic yg di duplikasi.
~Terdapat ratusan nama2 tanpa alamat dlm daftar SPR.
~Terdapat dlm daftar SPR puluhan2 nama secara berkelompok didaftar dlm satu2 alamat.
~Ribuan nama dlm daftar SPR guna kod "Negeri 71". Tanpa saringan SPR mewarganegarakan kod 71 utk melayakan mereka mengundi sedangkan kod 71 adalah mereka yg tidak diketahui negara asal kelahiranya.
Ibu segala bantahan BERSIH adalah pendedahan sendiket pemberian ic Malaysia pd warga luar terdiri dri Bangla, Naple, Filipine, Indon & Siam yg disyaki akan diguna pakai semasa PRU 13 nanti utk memenangkan UMNO BN!
Mereka inilah yg memiliki ic dgn kod negeri 71!
Hinga peringkat Parlimen nama dalang2 dri Jabatan Perdana Menteri, JPN & SPR yg merupakan ketua2 konspirator "Task Force" pemberian ic tersebut didedahkn.
Bapak segala bantahan BERSIH 3.0,
Menuntut Pengerusi SPR & Timbalan nya meletakan jawatan.
Selain mereka tidak berintegriti mengemudi SPR, mereka juga adalah ahli UMNO, Umat Melayu Naif Otak yg sudah tentu tidak boleh berlaku adil kpd parti2 lain yg bertanding pd plihanraya nanti.
7 lagi tuntutan BERSIH yg amat relevan kena cari & fahami sendiri.
Jelasnya signal rakyat, SPR jangan jadi Suruhanjaya Penipu Rakyat! Jangan jadi pak turut UMNO BN!
Aku pasti Umat Melayu Naif Otak akan berhelah & tetap menudoh, ini kerja pembangkang yg kehabisan modal.
Susah sangat ke nak updatekan nama terkini daftar SPR dgn jujur & adil!
Aku nk tnya UMNO BN, kenapa nak menipu dlm Pilihanraya?
SPR jangan jadi Pekak Badak!
Kita halusi sikit teori domino, rantaian kesan & akibat.
BERSIH 1.0 hanya diangarkan 1000 orang yg hadir. 100% Melayu!
Bersih 2.0 bertambah 10,000 orang yg beserta. 90% Melayu!
BERSIH 3.0 kelihatan lebih 100,000 orang turut serta dri berbagai lapisan etnik. 60% Melayu.
BERSIH 4.0....agak2nya??
usah pandang rendah kemampuan rakyat yg dilabelkan monyet, tak bertamadun, pengkhianat negara, ganas, nomad, pengganas & macam2 tudohan dilemparkan saban hari di TV & Surat2 Khabar yg sememang nya dikuasai UMNO BN!
Ada dengar jawapan dri demonstator2 tersebut dri mass media yg sama?
Ingat...
Kerajaan yg zalim mana sekalipun didunia ini tidak akan menang apabila menentang rakyat.
Lebih2 lagi rakyat sendiri dituduh musoh no wahid oleh para pemimpin yg berselindung atas nama kerajaan.
Kamu "kerajaan" pasti tumbang... biar terpaksa adakan BERSIH 4.0, BERSIH 5.0, BERSIH 6.0, BERSIH 7.0, BERSIH 8.0, BERSIH 9.0, BERSIH 10 & seterusnya..
kamu 'kerajaan' pasti akan tersungkur...
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
INGAT RAKYAT,
UBAH SEBELUM PARAH!