HAMBA MENANGIS DIDEPAN LAPTOP.

Tidak pernah didalam seumur hidup hamba, hamba menangis keinsafan didepan laptop. Ya, setelah membaca artikel blog dari saudara Roslan SMS 'kita tidak kalah dan tidak akan bersedih', dengan spontan hamba menangis teresak-esak.

'Laa Tahzan', jangan bersedih, itulah kalimat yang menyentuh hati hamba, ditambah ayat di bawah;

“Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”

“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.


sungguh menginsafkan hati hamba, kemudian ditambah ayat;

Di mata rakyat kita adalah pejuang sebenar, pemimpin sebenar dan lebih penting lagi kita tahu di hadapan Allah swt kita beroleh redha Nya. Oleh itu terimalah dugaan kecil ini dengan tenang, kita yakin dengan izin Allah swt, apabila kuasa kembali ketangan rakyat, ia tidak akan diserahkan kembali kecuali kepada pemimpin yang mereka senangi dan yakini!

terus hamba menangis teresak-esak didepan laptop hamba. Memang layaklah saudara Roslan menjadi ketua perhubungan negeri Selangor. Pandai mengembalikan semangat mereka-mereka yang telah dilukai semangatnya.

Hamba semenjak kes Perak ini, hamba cuba selindungi rasa hati hamba yang sedih dan marah di dunia sebenar (kecuali di dalam blog) dengan terus menjalankan tugas jemaah dan dakwah di negeri Selangor ini menerusi PAS cawangan Rasa. Hamba sibukkan diri dengan meneruskan kerja-kerja jemaah selagi mana hamba mampu. Jika ada rakan-rakan bertanya tentang Perak, maka hamba akan menjawab 'tak tahulah syeikh.'

Tetapi dengan membaca artikel dari saudara Roslan SMS, maka sekarang Alhamdulillah hamba berasa sungguh tenang dan sungguh dekat dengan Allah. Semangat hamba kembali berkobar-kobar kerana yakin dengan janji Allah. Kekuatan hamba kembali pulih kerana yakin dan pasti, Islam itu sebenarnya telah menang dan akan menang.

Hamba akan ingat dan ingat akan janji Allah. Kalimah 'LaaTahzan', jangan bersedih, akan sentiasa tersemai di dalam hati hamba. TAKBIR!!!!!

Ulasan

Lebai Cute berkata…
La Tahzan

Tak per lah tuan hamba. Hidup ini panjang lagi yang nak ditempoh. Cuma kadang tak terpikior maut ajal tuh boleh mai bila mase-mase jer.

So apa yang penting bukan kemenangan semata-mata tetapi gerak kerja usaha yang kita buat selama ini. Insyallah Islam ini Allah yang empunya. Raja segala raja. Tahulah Dia menjaganya.

Kita nie bak burung pipit nak padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Api mungkin tak terpadam. Tetapi yang pasti keselamatan dari api neraka Allah yang kekal (abadan abada...)

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?