INSYAALLAH YG KETIGA, LELAKI....!

Langkah kita, meninggalkan tapak di belakang..


Langkah yang menuju ke cahaya Ilahi, pastinya akan ada onak dan duri..


Langkah kita ibarat anak kecil yang perlu dipegang tangan, agar tidak tersalah..



Langkah dengan tapak kaki yang besar, tidak semestinya memberi kesan yang besar..


Malah mungkin akan meninggalkan kesan tapak kaki yang kecil, sekecil kaki bayi..


Hati terasa lembut hari ini. Mungkin kerana terkenangkan coretan cerita semalam. Ketika hamba dan isteri melangkah ke klinik Zalina, untuk membuat 'scan' pada perut si isteri, bersama juga dengan 2 anak hamba yang muslimat comel itu. Tujuannya untuk check-up ante-natal, tetapi bertukar tajuk kepada scan jantina kandungan.

"Saya hendak cepat ni, anak saudara menunggu di sekolah. Kena balik awal kerana demam selesema." kata Dr. Zalina. Doktor berketurunan mamak Penang yang sudah juga dipanggil melayu oleh masyarakat Pulau Pinang.

"Apa kata kita straight to the point, kita scan hari ini untuk melihat jantina kandungan?" cadang Dr. Zalina. Kami kata, "O.K".

Selang 2 minit.. "Ha, ini bentuk bird dia.." kata Dr. Zalina sambil tangan menunjukkan 'bentuk' itu di screen scan nya.

"Bird dia? Eh? Lelaki ni, hamba akan dapat anak lelaki ke nih?" hati hamba berkata-kata. Ketika itu hati hamba tidak terasa apa-apa. Mendatar. Statik. 'Blur'. Mungkin kerana hamba tidak endahkan sangat samada anak yang ketiga ini nanti adalah lelaki ataupun perempuan.

Namun pada ketika ini, iaitu keesokannya, hati hamba terasa 'pelik' sedikit. Hati terasa teruja tetapi tenang. Tenang tetapi teruja. Hati ketika ini juga sedang berbisik, "Bolehlah bawa anak pergi solat berjemaah nanti."...:)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?