CUTI BERSALIN 90 HARI; PERLU SANGATKAH?
Hamba adalah seorang lelaki. Tidak pernah melahirkan anak, apalagi mengandungkan kandungan anak didalam rahim selama 9 bulan. Ini semua kerana hamba adalah seorang lelaki. Namun hamba sudah dua kali melihat isteri hamba melahirkan anak kami. InsyaAllah, tidak lama lagi, hamba akan berada disisi isteri hamba untuk anak yang ketiga pula.
Pengalaman melihat isteri hamba bersambung nyawa untuk melahirkan anak kami tidak akan hamba lupakan sehingga hamba mati. Kesakitan dan kepayahan melihat beliau melahirkan anak kami menginsafkan hamba akan banyaknya jasa ibu hamba yang melahirkan hamba ke dunia ini. Kasih ibu membawa ke syurga.
Didalam masa 2 bulan lagi, kerajaan Malaysia akan mengumumkan keputusan hasil kajian panjang untuk melanjutkan cuti bersalin pegawai kerajaan dari 60 hari kepada 90 hari. Kerajaan Negeri Kelantan telah melaksanakan cuti bersalin 90 hari itu bulan lepas, malah Kerajaan Negeri Terengganu semasa pemerintahan PAS dahulu pada 1999 telah melaksanakan cuti bersalin 90 hari terlebih dahulu.
Ramai rakyat Malaysia yang memberikan komen masing-masing berkenaan dengan cuti 3 bulan ini. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Kepada mereka yang tidak bersetuju, kebanyakannya disebabkan mereka beranggapan cuti 90 hari ini akan membebankan rakan sekerja yang lain kerana terpaksa menanggung beban tugas wanita yang baru bersalin. Ada juga yang mengatakan produktiviti sesebuah jabatan akan berkurangan jika cuti ini dilanjutkan kepada tambahan 30 hari lagi.

90 hari menjaga bayi yang baru lahir sepenuh masa, cukupkah?
Perkara-perkara pokok yang menyebabkan mereka tidak bersetuju cuti bersalin selama 90 hari ini banyak berkisar kepada perkara-perkara tanggungan kerja pejabat dan ekonomi-kewangan sesuatu jabatan.
Mereka yang tidak bersetuju itu beranggapan wanita yang melahirkan anak ini membebankan orang lain dan membebankan negara kerana tidak melaksanakan tugas kerja yang sepatutnya dilakukan oleh wanita mengandung itu ketika cuti 90 hari.
Pada pandangan hamba, ini adalah satu pemikiran yang sangat rendah nilainya. Sangat hodoh sifatnya serta sangat tidak bertanggungjawab.
Tahun 2010 ini adalah tahun banci penduduk Malaysia. Banci ini akan menilai dan menyemak statistik penduduk Malaysia adakah ia berkembang atau statik sepanjang 10 tahun dari bancian yang dahulu. Apakah purata kadar perkembangan kelahiran penduduk Malaysia dan apakah 'trend' kelahiran di Malaysia samada meningkat atau menurun. Beratus juta RM Kerajaan Malaysia akan dihabiskan untuk proses bancian ini yang akan dilaksanakan diseluruh Malaysia. Mengapa pula agakanya Jabatan Statistik Negara begitu sibuk membuat bancian terhadap penduduk Malaysia?
Ini semua adalah kerana setiap kelahiran bayi di Malaysia ini, adalah satu kelahiran aset kepada negara. Dengan bertambahnya rakyat Malaysia, maka bertambahlah aset negara Malaysia. Setiap individu rakyat Malaysia adalah aset kepada negara. Dengan lahirnya seorang bayi dari rahim ibunya, maka bayi itu sudah menjadi aset kepada negara. Bayi itu akan dibentuk oleh sistem bernegara menjadi seorang manusia yang berguna kepada negara. Bayi itu akan diberi makan dan minum, dibesarkan dengan pendidikan, dikembangkan dengan pemikiran bersih dan baik serta seterusnya menjadi seorang menusia yang berguna kepada negara.
Mungkin bayi yang dilahirkan oleh seorang kakitangan kerajaan itu, yang ibunya bercuti untuk membesarkannya dihari permulaan kehidupan bayi itu selama 90 hari, akan menjadi Perdana Menteri Malaysia 50 tahun akan datang. Bermaksud, ibu itu sedang membesarkan satu aset bernilai kepada negara. Oleh itu, apalah sangat cuti 90 hari itu? Malah sepatutnya, ibu yang mengandungkan anak perlu mendapat lebih dari itu dari Kerajaan.
Setiap wanita yang berjuang setengah mati untuk melahirkan anak, sebenarnya sedang berjuang untuk negara. Ibu yang sedang bersambung nyawa untuk melahirkan anak, sebenarnya sedang bekerja untuk negara melahirkan satu aset bernilai kepada negara.
Malah ibu-ibu yang sedang bertungkus lumus berjuang untuk melahirkan anak, lebih besar 'peperangannya' berbanding askar-askar Malaysia yang sedang berjuang mempertahankan negara. Ibu-ibu yang sedang melahirkan anak adalah pejuang negara, pejuang fisabilillah dan pejuang bernilai berlian emas permata kepada negara Malaysia.
Mereka adalah pejuang! Apalah perlu sangat kita berfikir-fikir untuk memberi tambahan rehat selama 30 hari. Berikan sahaja!
Jika beginilah pemikiran semua rakyat Malaysia, hamba pasti, bukan setakat cuti 90 hari mereka bersetuju diberikan kepada kakitangan kerajaan yang melahirkan anak, malah sepatutnya kita sekarang ini sedang memperjuangkan agar ibu-ibu yang melahirkan anak Malaysia, aset kepada negara, direhatkan untuk bekerja membesarkan aset negara yang baru lahir itu selama 4 bulan, 120 hari.
Berikan ibu-ibu pejuang negara cuti bersalin selama 4 bulan! 120 hari!
Anak adalah aset bernilai sebuah negara, maka ibu yang melahirkan mereka adalah lebih besar nilai asetnya 4 kali ganda, berbanding ayahnya....... fikir-fikirkan.......
Ulasan
obvious, kan.. saya wanita.