BANJIR BESAR JEDDAH = ORANG KAFIR MASUK TANAH HARAM MEKAH?

Sakit pinggang. Itulah yang dirasai hamba ketika ini. Bukan sakit hati, bukan sakit dada, tapi sakit pinggang.

Semalam ditempat kerja hamba ada buat 5S. Disebabkan hamba ni jenis rajin sesangat, habis almari-almari pun diangkatnya untuk di 5S kan. Mungkin disebabkan semasa mengangkat almari itu posisi pinggang hamba tidak menepati piawaian antarabangsa, maka hamba pun terimalah akibatnya, sakit pinggang.

Setakat 2 perenggan diatas, hamba telah menukar posisi duduk 2 kali. Ya, 2 kali. Sakitnya datang seperti jarum menyusuk-nyusuk pinggang yang sudah tua ini.

Oleh kerana doktor telah begitu bermurah hati memberi cuti sakit 2 hari, maka kesibukan kerja yang dibuat-buat dapat juga ditenangkan seketika selama 2 hari ini. Maka dengan ketenangan itu, dapatlah hamba menulis blog untuk dibacai oleh gejuis-gejuis yang sentiasa inginkan berita-berita dan cerita-cerita yang lain dari yang lain untuk diserapi ke dalam minda kepala.

Apa yang hendak diceritai oleh hamba hari ini adalah tiadanya kaitan dengan kes lompat melompat, bukannya hendak bercerita berkenaan mamat umno masuk PAS, keluar PAS masuk PKR, menang parlimen keluar PKR, bukan..... Bukan juga cerita hakim pening lingkup kanggaro mahkamah Malaya, tetapi hendakkan bercerita berkenaan cerita yang ada kaitan dengan kes banjir di Jeddah tahun lalu, 25 November 2009.

Pada permulaan, orang Arab Saudi menyangka hujan rahmat telah turun ke tanah mereka, rupa-rupanya bala yang ditimpakan oleh Allah SWT.

Mengapa agaknya ia terjadi? Seramai 121 orang telah hilang nyawa kerana banjir di Jeddah itu.

Banjir di sempadan Jeddah Mekah. 121 orang meninggal. 3000 kereta musnah, 10,000 kediaman tenggelam. Pelik ya, hujan 5 jam boleh bawa bencana sebesar itu.


Hamba ada berdialog dengan seorang ustaz yang baru balik dari Mesir, yang sekarang ini sedang mengajar di Darul Quran berkenaan apa akan terjadi sekiranya terdapat kes orang kafir yang memasuki tanah haram Mekah?

Maka jawab ustaz itu, insyaAllah, Allah akan turunkan bala yang besar di sekitar Mekah.

Sebelum itu, terdapat seorang teman yang hamba kenali di Arab Saudi telah memberi e-mail kepada hamba bahawa beliau didalam keadaan yang serbasalah untuk bekerja di syarikat yang dikerjai di Arab Saudi.

Beliau bekerja di Tanah Haram untuk membuat keretapi laju dari Masjidil Haram ke Arafah.

Syarikat yang berjaya mendapat projek itu adalah syarikat dari tanah besar China yang bernama China Railway. Yang menjadi permasalahannya ialah, mereka-mereka yang bekerja dengan ChinaRailway dan juga subconnya yang datangnya dari syarikat 'base' di Eropah, yang juga kafir, telah masuk ke tanah haram dengan selambanya.

Tiada tindakan diambil oleh pihak Arab Saudi dan sekarang ini, teman yang hamba kenali ini sedang melakukan sesuatu untuk menjahanamkan kerja-kerja puak kafir ini yang sungguh biadap memasuki tanah haram yang telah diharamkan Allah untuk memasukinya hingga kiamat.

Hamba juga ada meng'e-mail'kan kes ini kepada rakan seblog yang sekarang ini belajar di Mekah. Namun tiada berita yang hamba perolehi darinya. Mungkin beliau masih sibuk menguruskan kelahiran anak keduanya 2 Mac lalu. Namun diharap, kawan blogger itu dapat membantu teman yang hamba kenali itu agar kerja-kerja puak kafir memasuki tanah haram dengan selamba dapat diatasi dengan segera.

Punca masalah mengapa senang-senang orang kafir boleh masuk ke tanah haram sedangkan dalam perjanjian membuat rail keretapi itu dengan terang-terang mengatakan hanya pekerja Islam sahaja yang boleh memasuki 'site' di tanah haram adalah duit.

Teman yang hamba kenali itu menyatakan, puak-puak cina kafir Hong Kong itu dengan berani dan selambanya memasuki tanah haram kerana mereka tidak takut ditangkap, kerana kata puak kafir ini, mereka ada 'orang dalam' yang akan membebaskan mereka bila-bila masa. Fuih! Hebat juga pak-pak arab ini, sudah bijak bermain duit seperti puak-puak BN. Benar atau tidak, yang pentingnya orang kafir sudah dan sedang keluar masuk tanah haram dengan selambanya ketika gejuis-gejuis sedang membaca artikel ini.

Maka, apa perlu dilakukan oleh kita di tanah Melayu ini? Duduk relaks dan minum kopi Radix sahaja? Atau sibuk berburuk sangka dengan rakan sejemaah?

Ulasan

salam saudara seislamku,

maaf. ana tunggu juga email dari enta, tapi tak sampai2. anak konklusikannya telah memasuki mungkin dalam email spam ana yang berjumlah ribuan angkanya. haha.

berkenaan perkara tersebut, ana telah mendapat sedikit maklumat dari rakan ana yang berkebetulan berbangsa cina sekelas dengan ana. Dari apa yang dia katakan, sememangnya mereka kebanyakannya adalah bukan muslim. Mereka diperintahkan untuk mengaku islam sebelum dapat bekerja di sini.

Ada pernah sekali tu, ana lalu di tempat pembuatan railway, kedapatan beberapa orang cina sedang bekerja. Kami berhenti dan menyapa mereka, mereka jawab,

"muslim. Kullu muslim"

ertinya : muslim, semua muslim.

kami terpinga-pinga kenapa tiba2 diorang menjawab begitu. kami tak tanya apa langsung.

wallahualam. perkara ini pernah ana tanyakan pada sheikh di dalam kelas, katanya orang kafir sememangnya dilarang memasuki tanah haram dengan dalil ayat quran,

innamalmusyrikun najasun..

wallahualam. nanti jika berkesempatan, ana akan uplodkan gambar2 pembinaan dan sebagainya. wassalam.
ibnmustaffa berkata…
Hamba sudah email pd kawan hamba itu, agar beliau call ustaz dan bole berjupe dgn ustaz.

Hamba juga akan email kembali email itu. Email hamba ialah atoknyeee@hotmail.com. Jangan spam kan email ni......

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?