ANAK KETIGA KAMI, NUR MUHAMMAD:)



28 hb Rejab. 11 Julai. Tahun ini. Hamba menyaksikan sendiri keperitan isteri hamba melahirkan anak kami yang ketiga. Di bilik bersalin hospital selayang, selangor.
Tepat jam 11.49 pg, Nur Muhammad bin Mazwandi dilahirkan kedunia ini. Ya, Nur Muhammad, nama seorang bayi lelaki. Hamba dikurniakan Allah seorang anak lelaki untuk cahaya mata kami yang ketiga ini.
Sikit lagi hamba hendak berlinangkan air mata apabila melihat beliau keluar secara normal dari perut umminya. Hamba dapat melihat sendiri wajah isteri hamba yang seperti 'terkejut' berjaya melahirkan secara normal. Untuk makluman, yang pertama operate dan yang kedua vacuum.
Sebelum diazankan, Nur Muhammad telah ditimbang oleh bidan yang bertugas. 4.23kg. Waduh,.. lebih 4 kg, besarnya dia.
Prosedur baru hospital, sesiapa bayi yang melebihi 4kg, diwajibkan untuk memasuki NICU, Neonat Incentive Care Unit. Maka duduklah anak kami di NICU selama 3 hari.
Pada hari Rabu lepas, doktor telah mengizinkan agar Nur Muhammad keluar dari wad. Maka sekarang ini, kami berada dirumah ibu di K.L. Isteri hamba akan berpantang di sini. InsyaAllah akan berada di sini sehingga Syawal.
Sekarang ini, ibu dan ayah hamba ada 5 orang cucu, manakala, bagi pihak isteri di Terengganu, ini adalah cucu arwah Mat Ali yang ke 53. Alhamdulillah, bertambah lagi umat Islam di dunia ini. InsyaAllah Nur Muhammad akan menjadi pejuang Islam fisabilillah di masa besarnya nanti.
Ulasan