HISYAMUDDIN LANJUT HINGGA 10 MAC MEROMPAK DUIT RAKYAT.

Akhirnya, Hisyamuddin menunjukkan kepandaiannya yang selama ini dianggap oleh seluruh rakyat Malaysia seperti mat lembik. Apakah kepandaiannya itu? Kepandaiannya ialah melanjutkan diskaun saman tertunggak sehingga 10 Mac. Mengapa itu dianggap pandai? Kerana beliau berjaya sekali lagi membodohkan rakyat agar mengembungkan duit kerajaan yang memang sudah kekeringan tunai.

Hamba menasihatkan, bayarlah saman-saman korang yang masih belum terbukti bersalah itu. Bayarlah sepuas-puasnya. Kome sekeliankan banyak duit. Harga susu naik melambung tidak kisah, harga gula naik buat deek, harga petrol naik buat selamba, dan yang lagi penting harga rokok naik buat muka seposen sahaja. Bayarlah. Hamba apa kisah, duit kome.


Yang lebih penting, undilah lagi Barisan Nasional. Sebab mereka akan menyediakan tin biskut dan sardin untuk kome sekelian menikmati lagi 5 tahun kome semua hidup. Membasmi kemiskinan dengan tin biskut. Hanya kerajaan umno apco sahaja di dunia ini yang boleh membasmi kemiskinan dengan hanya menghantar sekotak tin biskut kepada rakyatnya 5 tahun sekali.

Rakyat-rakyat sekelian jangan pedulikan Pakatan Rakyat. Kerana mereka hanya mementingkan menyenangkan hidup rakyat-rakyat sekelian. Apahal hendak sibuk-sibuk dengan hidup rakyat. Rakyat Malaysiakan semuanya sudah hidup senang dengan sekotak biskut untuk 5 tahun. Bakarlah buku jingga itu. Ianya hanya untuk rakyat yang miskin sahaja. Rakyat Malaysiakan semuanya hidup mewah.

Kenapa dikatakan hidup mewah? Kerana mereka sanggup beratur hingga sehari suntuk untuk memberi duit kepada kerajaan melalui duit saman yang sebenarnya tiada saman. Sanggup bersusah-susah membayar saman tertunggak kononnya yang sebenarnya tidak wujud itu. Kan ke hamba sudah kata, rakyat Malaysia kaya.

Oleh itu, undilah barisan nasional agar harga minyak petrol, gula, susu, minyak masak boleh dinaikkan lagi serta saman ekor akan terus kekal dan membelenggu rakyat agar bayar dan bayar lagi walaupun sebenarnya anda sekelian pun tidak tahu betul atau tidak betul kesalahan yang anda lakukan.

Bayar dan bayarlah wahai rakyat Malaysia. Bayarlah kepada polis yang memang sah rasuah dan tidak bermaruah. Bayarlah kepada mereka yang tidak sedar diri makan duit haram dari sehari ke sehari.

Bayarlah!! Kome sekelian kan ke kaya, apa kome kisah!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?