BUKAN ISLAM, TETAP AKAN KE NERAKA.
Hamba berasa sedih membaca berita ini (HOLY SCRIPTURES DESECRATED), jika benar beliau betul-betul yakin apa yang beliau katakan. Hamba teringat satu peristiwa yang berlaku oleh Saidina Omar Al-Khatab semasa beliau berada di Baitul Muqaddas;
"Semasa Saidina Omar Radiallahuanhu sedang menaiki haiwan tunggangannya di Baitul Muqaddas, beliau melalui sebuah gereja. Tiba-tiba datang seorang rahib Kristian datang berlari-lari ke arahnya dengan berpakaian yang sungguh uzur.
Maka Saidina Omar Radiallahuanhu bertanya khabar kepada rahib itu dan bertanya mengapa rahib itu berlari-lari ke arahnya? Mungkinkah ada sesuatu masalah? Jawab rahib itu, beliau berlari-lari ke arah Saidina Omar hanyalah untuk menghormati Khalifah Islam yang melalui gerejanya. Maka rahib itu kembali ke gerejanya.
Melihat akan gelagat rahib itu, Saidina Omar tiba-tiba menangis. Lalu ditanya oleh sahabatnya yang lain mengapa Saidina Omar menangis?
Maka jawab Saidina Omar, beliau menangis kerana melihat kezuhudan rahib Kristian itu yang beribadah menyembah Tuhannya sehingga baju yang dipakainya sudah begitu uzur,.. namun akhirnya bila beliau meninggal dunia nanti, dan tetap dengan agamanya, maka rahib itu tetap masuk neraka kerana masih KAFIR kepada Allah SWT."
Teringatkan cerita itu, maka hamba sebenarnya banyak kali juga sedih dengan rakan-rakan hamba yang bukan Islam, yang baik-baik, namun masih belum kembali kepada Islam. Kerana akhirnya, mereka akan kekal didalam neraka Allah SWT. Allah itu Al-Jabbar.....

Ulasan