KETUA PEMUDA RASA MENGAKHIRI ZAMAN BUJANGNYA.

Maaf sudah lama tidak update blog hamba. Sibuk dengan majlis akad nikah dan balik kampung ke Batu Enam. Sekarang hamba berada di Batu Enam, Terengganu. Sebelum hamba bercerita tentang apa-apa cerita berkenaan cerita di Malaya, hamba suka juga hendak menyelitkan rasa kegembiraan jemaah PAS di Rasa ini kerana ketua pemuda kami sudah mengakhiri zaman bujangnya.

Umur sebaya dengan hamba. Cuma hamba lebih tua beberapa bulan dengan beliau. Diijab kabulkan pada Sabtu lepas, dengan muslimat dari Ajil, Terengganu. Mengajar di PASTI Batang Kali. Majlis akad nikah dilangsungkan di rumah kakak muslimat di Tamu Hill, Batang Kali. Di bawah disediakan sedikit gambar peristiwa yang mendukacitakan seluruh syaitan di dunia.

Ke Destinasi rumah pengantin perempuan.

Otai-otai PAS Rasa bergambar dengan otai pemuda yang hendak menikah itu.

Muka takuuut je. Rilek le KP. Hendak menikah je..

Bunga telur, hijau putih.....

Dua kali sebut. Takpe, asalkan berjaya..

Ketua Cawangan ni fikir apa pula ni? Ada 3 kosong lagi ke? he, he....

Sudah setle.. Tandatangan yang paling berat dalam dunia. Menanggung segala amanah menjaga isteri hingga mati.


Borang cepu Mas berharga RM5,300.00?

Pergi, bujang, balik, dah jadi suami kasut ini.

3 budak comel.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?