AKAD NIKAH DI MARANG. SENANG DO'OH.
Khamis lepas, anak buah isteri hamba, anak kepada abang isteri, bernikah dengan seorang muslimat dari Marang. Selang 3-4 buah rumah dari masjid Ayah Chik, Masjid Rusila. Betul-betul setentang dengan jejantas.
Senang. Tidak ada yang susah-susah cara akad nikahnya. Tidak perlu hafal, tidak perlu senafas. Cuma baca sahaja selepas tok kadi sebut. Itulah kelebihan pantai timur, serupa hamba akad nikah dahulu, tok kadi kata, baca sahaja apa yang ditulis depan kamu....
Ini dia kertas yang disuruh baca. Ditulis tangan. Tapi, hamba dahulu, tokkadi siap beri papan sign board kecil bertulis 'Aku terima akan nikahnya dengan mas kahwin yang disebut sekian..'. He, he, senang sahaja menikah sebenarnya.
Ulasan
mendirikan masjid adalah perkara mulia so tak payah lah buat susah2...
hamba masa akad nikah pun mcm nie jer...