VIDEO LUCAH: HAMBA DAH KATA, JANGAN PADANG RENDAH UBN.

Sebelum ini, hamba ada bercerita tentang jangan 'under estimate' kepandaian lawan kita terutama ubn. Sebelum ini juga hamba ada mengatakan jangan memandang rendah keupayaan ubn untuk mereka mengekalkan kuasa di Malaysia. Dan ternyata perkara ini amat benar.

Kerusi DUN Sarawak baru sahaja dibubarkan. Dan mungkin selang beberapa minggu, kerusi DUN Perak juga akan dibubarkan. Maka teruja-ujalah kita dari pihak PR untuk berkempen bagi memenangkan PR di Sarawak nanti. Namun, pada hari yang sama DUN Sarawak dibubarkan , keluar berita tidak senonoh di media tentang sebuah video 'biru' yang dikait dengan ketua Pembangkang. Maka dengan tidak semena-mena, semua jentera PR menumpukan kepada kes ini, seharian Isnin semalam.

Serangan-serangan kepada ubn terutama isu KM Taib Mahmud, ditenggelami dengan isu video porno. Seharian pihak PR yang selama ini asyik menyerang ubn Sarawak, hari ini seperti terpaksa hanya membuat pertahanan kepada isu video porno ini. Satu hari rugi berkempen kerana isu ini. Esok bagaimana?

Kelicikan ubn berpolitik kotor sekarang ini sudah terserlah kepandaiannya. Ketika mereka asyik bertahan, bertahan dan bertahan dengan berbagai-bagai serangan dari PR, akhirnya mereka menyerang pula dengan menggunakan peluru ajaib mereka, fitnah!. Maka dengan peluru ajaib ini, dapatlah puak-puak ubn berehat 2-3 hari dari serangan-serangan bertubi-tubi PR.

Dengan ini, hamba berpendapat, esok, pada hari Selasa, hamba berharap pihak blogger gunakan kepandaian dan kelicikan anda semua untuk kembali menyerang dan menyerang pihak ubn. Jangan kita asyik sibuk dengan isu video porno ini. Jika masih asyik dengan isu ini juga, maka diharap pihak blogger dapat menggunakan isu ini untuk menyerang kembali pihak ubn haram itu. Hamba yakin kalian semua boleh!....

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
setuju.

Mereka amat risau jika sarawak kalah sbb itu mereka memulakan siri fitnah terbaru.

Semoga Allah membalasnya dengan hukuman yang setimpal kepada yang bersubahat dan merancang firnah ini.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?