AJARAN SESAT MUHYIDIN; JIKA TAK SUKA PADA ORANG, BELASAH JE DIA.


Mamat sepapan ini mungkin telah menghidu gam sehingga ke tahap lalok gaban semasa menyebut ayat yang kurang ajar lagi merapu cap ayam kepada pertanyaan wartawan. Apa jenis manusia membenarkan orang yang menyampah dengan orang lain sesuka hati membaling batu , mengkasari dan mencarut-barut kepada orang yang dia tidak suka? Gila apa muhyidin nih? (Baca disini).

Malu hamba ada mempunyai Timbalan Perdana Menteri yang cap ayam seperti mamat sepapan ini. Jika ikut kata sipapan ini, sudah lama kereta TPM hamba baling dengan batu dan belasah cukup-cukup mamat Johor jual pasir ini kerana dia sendiri yang membenarkan sesiapa yang tidak suka dengan orang lain, belasah sahaja orang itu? Mengarut ke tahap gaban tpm sepapan ini.

Elok benorlah rakyat Malaysia ada sepapan tpm yang berotakkan begini. Tiada sopan dan penuh dengan dendam kesumat. Apa yang dia dendam, hanya muhyidin empunya diri yang tahu.

Selepas ini, bolehlah kita ajar kepada anak-anak kita, jika tidak puas hati dengan kawan sedarjah, semasa hendak balik ke rumah nanti, kutip batu, kemudian lempar pada kereta ayah dia sampai pecah cermin kereta. Kalau boleh belasah sekali budak itu. Kita kena ikut nasihat pemimpin kita. Lebih-lebih lagi tpm. Kena ikut.

Selepas ini juga, sesiapa yang ada hajat hendak buat fitnah, berkata bohong dan hendak menipu, pergilah ke ceramah-ceramah politik umno kerana anda semua akan dilayan seperti vip. Tetapi, jangan minta duit, kerana ianya 'free of charge'. Ha! Ha! Ha! Kalau ye pun hendak menipu muhyidin, bijak lah sedikit, macam suami rosmah tu......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?