PILIHANRAYA MALAYSIA MEMANG TIDAK ADIL SEMENJAK MERDEKA.
Jika dilihat secara lojik, sudah pasti PAS akan kalah didalam mana-mana pilihanraya yang diadakan di Malaysia ini. Mana tidaknya, apakah media yang ada pada PAS untuk berkempen kepada pengundi?
PAS tidak boleh langsung diberikan ruang untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah matlamat, perjuangan dan hal-hal kempen didalam surat khabar. PAS juga tidak dibenarkan langsung untuk keluar di kaca telivisyen untuk mengeluarkan hujah agar pengundi dapat menilai untuk mengundi mereka.
Dua media yang utama yang sepatutnya diberi kemudahan didalam kempen pilihanraya demokrasi tidak dapat dinikmati PAS semenjak PAS bertanding pilihanraya. Surat khabar dan telivisyen, dua media wajib untuk menjadi alat kempen seluruh dunia yang mengadakan pilihanraya, tidak dapat dirasai oleh PAS walau sedetik saat. Namun, PAS tetap ada menang pilihanraya.
Jika parti-parti lain diluar negara, melihat cara pilihanraya Malaysia berlangsung, sudah pasti mereka akan angkat tangan kerana tiadanya media untuk mereka lakukan kempen. Mereka akan menganggap pilihanraya Malaysia adalah lebih teruk dari pemikiran komunis kerana ketidakadilan dan penipuan sehingga ketahap mereka yang memegang amanah menjalankan kerja pilihanraya pun tidak bebas semasa waktu berlangsungnya pilihanraya.
Pilihanraya Malaysia sebenarnya adalah sama seperti pilihanraya yang dilakukan oleh rejim Muamar Gaddafi. Berat sebelah, tipu, rasuah dan tidak adil. Sesiapa parti pembangkang pasti akan kalah, kecuali lebih 60% pengundi memangkah pembangkang, barulah pembangkang akan menang dengan lebihan undi 1%.
Oleh itu pasti ada orang akan berkata-kata, buat apa PAS buang masa masuk pilihanraya yang 100% berat sebelah. Maka jawab kami dalam PAS, siapa pula yang perlu bertanggung jawab nanti di akhirat untuk menjawab, apa yang awak lakukan terhadap pemerintah yang zalim dan tidak adil. Hanya duduk di rumah minum teh?

Ulasan