ORANG MELAYU HANYA ADA TANAH SEBAGAI ASET.

Ada manusia dari Raub Pahang menyuruh hamba memelihara itik ayam dan seterusnya menjadi pemimpin itik ayam. O.K juga tu. Yelah, walaupun manusia itu penakut hendak memberikan nama dia bila hendak mengkritik orang (bukan kritik, menghina), tetapi cadangan dia itu untuk hamba membeli tanah untuk membela ayam itik adalah satu idea yang amat baik.

Maklumlah, sekarang ini, kebanyakan ayam itik sekarang dibela oleh orang bukan Islam, apa kata kita sebagai umat Islam memasuki industri yang tidak glamour ini tetapi mendatangkan hasil dunia dan akhirat.

HPA sekarang memerlukan manusia-manusia yang berani menceburi bidang industri membela ayam-itik ini untuk pengeluaran ayam organik HPAnya. Kekurangan umat Islam membela ayam itik organik ini amat ketara sekali sehingga ke tahap sukar bagi pihak HPA untuk mendapat bekalan ayam organiknya untuk dijual di seluruh Malaysia.

Jadi disini dapat dilihat peri pentingnya kita sebagai umat Melayu Islam, memerlukan tanah untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan ummah. Tanah adalah satu entiti penting buat umat Melayu Islam kerana pada situasi sekarang, hanya itulah sahaja aset yang dipunyai oleh umat Melayu Islam. Jika hendak membandingkan kekayaan duit RM, memang Melayu adalah golongan termiskin di negaranya sendiri.

Jika sudah ada tanah bagi orang Melayu, jangan gila duit hendak menjual tanah itu pula. Berapa banyak tanah-tanah umat Melayu telah dijual kepada warga asing. Berapa banyak rumah-rumah besar SPPK kepunyaan Melayu telah dijual kepada warga bukan Melayu. Sekarang ini sudah dapat dilihat, orang Melayu sedang duduk merempat ditanah airnya sendiri kerana kejahatan orang-orang Melayu juga. Betapa ramai orang-orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung Melayu telah dihalau untuk tinggal di awang-awangan (rumah pangsa) hanya kerana kampung itu dianggap sebagai setinggan.

Oleh itu, mahu tidak mahu, isu tanah tetap satu isu sensitif dan perlu dibawa dengan cara yang terbaik. Pedulikan ada manusia yang hendak menghentam hamba dengan isu ini, kerana ini adalah pendapat peribadi hamba. Dan hamba begitu sensitif dengan isu ini walaupun isu ini dibawa oleh jemaah Islam PAS, jika caranya tidak betul, hamba akan tegur kerana tegur pemimpin yang tersilap perhitungan adalah wajib. Wallahualam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?