HAMBA JADI PESAKIT MENTAL SEKEJAP.

Alhamdulillah.
Hamba sebenarnya baru keluar dari hospital akibat sakit virus di kepala. Saintifik panggilnya manginitis, Islamnya dipanggil rasuk jin jahat.

Sakitnya bermula dari Isnin 22/12/08. Tengahhari itu hamba sudah tidak tahu apa-apa terjadi. Yang hamba ingat, malam tu, hamba meracau 2 kali. Sebenarnya isteri hamba kata hamba meracau berbelas-belas kali. Hendak tahu cerita selanjutnya dari isteri dan ibu ayah hamba yang datang sekali ke rumah hamba selepas isteri hamba menelefon mereka agar datang kerana hamba meracau; gini ceritanya.

2 kali meracau yang hamba ingat isnin malam selasa itu ialah racau yang pertama, hamba rasa seperti hendak mati. Ya, seperti hendak mati. Hendak menjelaskan bagaimana rasa hendak mati itu, hanya orang yang telah merasai begaimana rasa hendak mati sahaja yang boleh memahaminya. Keduanya, begitu juga rasa hamba, rasa bagai hendak mati dan dunia ini terlalu sempit untuk hamba.

Pada ketika itu, isteri hamba telah menolong hamba agar membaca ayat kursi dan merenjis-renjiskan air ke muka suaminya. Hamba pun bacalah ayat kursi berbelas-belas kali dan hamba rasa alhamdulillah, cukup tenang sekali ketika itu dan kemudian hamba ingat hamba tidur.

Setelah hamba rasa seperti hamba tidur selama 6-7jam, hamba terbangun dan mendapati hamba berada di suatu tempat yang sangat asing. Hamba memandang sekeliling dan mendapati berbagai-bagai alat kelengkapan hospital berada disekeliling. Kemudian hamba nampak ayah hamba dan abang hamba yang sepatutnya bekerja di Bahrain berada disebelah hamba.

'Ada mana ni ayah?', tanya hamba pada ayah hamba, 'ada di ICU HKL', kabor ayah hamba. 'Apa? ICU? Berapa lama dah?' tanya hamba lagi, 'Hari ni hari jumaat, jam 7.30malam.'. Ya Allah, itulah apa yang hamba boleh sebut.

Kemudian isteri hamba menceritakan secara detail apa yang terjadi kepada hamba. Selasa itu, ustaz Alwi Kamus (adik Ismail Kamul), telah datang ke rumah cuba mengubati hamba, tetapi dikatanya, jin itu ada, tetapi susah hendak keluar dan ada juga yang keluar. Namun, tengahhari itu, badan hamba tiba2 panas yang melampau dan dalam keadaan meracau kembali, maka dibawanya ke hospital kuala kubu baru.

Hospital KKB kata sakit ini serius, maka jam 4 petang selasa itu, dibawanya hamba dengan ambulan ke HKL bahagian neurologi (tempat sakit saraf bahagian kepala). Petang itu hamba masuk ke wad 5B neurologi kubikal akut di mana disitu adalah tempat yang kritikal (hidup-mati). Jam 11.30mlm, pakar neurologi telah membawa hamba ke ICU untuk menenangkan hamba kerana di kubikal akut itu, hamba meracau macam orang gila.

Di ICU hamba telah diberi morfin untuk tidur dan keseluruh badan hamba telah dikomakan dan hanya dibantu alat pernafasan untuk hidup. Hamba berada di ICU dari 11.30 mlm Rabu sehinggalah 2.30 petang Sabtu. Lebih kurang 4 hari setengah. Namun hamba sedar pada Jumaat jam 7.30mlm kemudian dipaksa tidur kembali.

Hamba telah ke wad biasa pada hari sabtu itu jam 2.30ptg di wad kelas 3 sehingga hari isnin. Kemudian pada hari isnin jam 6.30mlm, hamba telah ditukar ke wad kelas 1, sekatil sebilik sehinggalah dibenarkan keluar pada hari ini, Jumaat jam 3.30ptg. Selama berada di wad biasa, hamba dikenakan dos 2 antibiotik sakit otak yang terkuat didunia setiap empat jam, jam 10, 2 dan 6, siang malam (menggunakan drip terus ke saraf).

Keluar hospital, hamba kena makan lagi antibiotik makan secara oral selama 2 x untuk 5 hari. Antibiotik untuk saraf otak yang terkuat didunia juga. Mana tidaknya yang terkuat, sehingga doktor pun saya tumbuknya. Namun sehingga sekarang hamba tidak tahu, siapakah yang sebenarnya menumbuk doktor itu, kerana hamba tidak ingat apa yang terjadi selama 5 hari itu.

Alhamdulillah, berkat pertolongan solat hajat ahli jemaah PAS Hulu Selangor, PAS Segambut, ahli kariah masjid Bukit Damansara, pertolongan ustaz-uztaz rakan sejemaah yang membuat air jampi dan memang mengkomfirmkan ada benda telah masuk ke dalam tubuh hamba, syukur kepada Allah, hamba telah sihat dan merasai sungguh bertaubat kepada Allah SWT kerana telah lalai yang sangat jauh dengan amal ibadah kepada Allah. Hamba mohon keampunan kepadaMU ya Allah, hamba mohon keampunan dan petunjuk dariMU ya Allah. Ampunkanlah hamba,.........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?