MALAYSIA DIAMBANG GILA.
Baca bawah ni. Ada cerita yang gila sikit berlaku di Malaysia sekarang.....
KETUA POLIS NEGARA MENDEDAHKAN LELAKI INDONESIA BERNIAGA MYKAD PALSU
Berikut wajah
pendatang tanpa izin, PATI, Arshanikum Endeyn berasal dari Sulawesi
Tenggara, Indonesia. Dia juga pernah bertugas sebagai pengawal
keselamatan HARAM di negara kita.
Sehingga kini
tiada pihak berkuasa mampu membuktikan MyKad itu miliknya. MyKad palsu
digunakannya untuk mendaftar menjadi ahli RELA Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.
Saya masih
sabar menunggu penjelasan rasmi Ibu Pejabat RELA Malaysia berhubung
status keahlian Arshanikum kerana semalam pihak terbabit sedang
menyiasat identitinya melalui alamat sewaktu dia mendaftarkan diri
sebagai ahli RELA. Saya juga telah memohon, RELA merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk tujuan pengesahan.
Bagaimanapun,
kita semua telah mengetahui lelaki di gambar kad keahlian RELA itu BUKAN
pemilik MyKad tercatat secara jelas di kad. Hasil usaha sumber saya,
di bawah, gambar sebenar warganegara Malaysia, Hamdan Hamid, pemilik
MyKad terbabit, dilaporkan tinggal di Kampung Air, Kota Kinabalu, Sabah.
Jika Arshanikum
berjaya mengelirukan RELA menggunakan identiti palsu, timbul persoalan
lebih menggerunkan, berapa ramaikah lagi PATI kini menjadi anggota RELA
negara kita?
Telahan saya,
Hamdan mungkin pernah kehilangan MyKad sebelum ini dan tanpa disedari
butiran dirinya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, hasil soal siasat terhadap
penjenayah menembak mati pegawai operasi AmBank, Loade Ardina Loade
Rasila, MyKad palsu digunakannya diperolehi daripada lelaki Indonesia.
"Ketika ini
polis sedang menyiasat penjualan kad pengenalan paslu itu dan menerusi
maklumat daripada suspek, dia telah membeli kad itu daripada seorang
lelaki Indonesia yang sememangnya berniaga kad pengenalan palsu," tambah
Tan Sri Khalid.
Persoalan bagaimanakah Loade Ardina berpeluang membuka akaun simpanan di Ambank Islamic Banking, masih belum terjawab. Sedangkan
Bank Negara Malaysia telah mengarahkan semua institusi perbankan
menggunakan mesin pengimbas ibu jari bermula pada tahun 2007.
Sejak isu MyKad
palsu didedahkan secara meluas, ramai pembaca dari Sabah meluahkan
keluhan hati mereka. Mereka dilaporkan terpaksa bergelumang dengan warga
Indonesia identiti diragui setiap hari sekaligus menjadi pesaing mereka
mencari rezeki di bumi sendiri.
Justeru saya
memohon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan
perhatian khusus terhadap keluhan sekian lama disuarakan dalam
mengkotakan janji beliau untuk menangani masalah PATI secara lebih
serius. Ops Cantas dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri ternyata
berjaya menangani masalah gangterism, operasi membanteras PATI juga
harus setanding.
Hari ini akhbar
melaporkan tahun lalu sahaja, kira-kira RM50 bilion ringgit mengalir ke
luar negara, dihantar oleh pekerja warga asing berkhidmat di Malaysia.
Pekerja rakyat Indonesia sahaja menghantar RM2.9 bilion termasuk wang
hasil bekerja sebagai pengawal keselamatan HARAM.
Berikut statistik dipaparkan oleh Utusan Malaysia.
Sesungguhnya
pemergian mangsa tembak, Norazita Abu Talib telah memberikan satu impak
besar kepada negara. Rakyat dan pemimpin mula lebih sedar betapa
pentingnya kita mengusir keluar semua musang berbulu ayam, pengawal
keselamatan warga asing bertugas secara HARAM. Pada masa sama, ramai
mulai sedar penggunaan MyKad palsu bukan lagi satu isu harus dianggap
enteng di Malaysia.
Al-Fatihah buat Norazita, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
Penangkapan
pembunuh, Loade Ardina, barangkali mengubat sedikit kelukaan ditempuh
oleh suami dan 2 anak mangsa tetapi nyawa wanita berstatus ibu dan
isteri terkorban itu pasti tiada galang gantinya.
Apapun, saya menganggap Norazita sebagai hero, biarpun dia tidak berpeluang untuk didendang.
Ulasan