UiTM UNTUK SEMUA?

Hamba tidak biasa menyebut UiTM, kerana semasa hamba belajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dahulu, ianya dipanggil ITM. Hamba juga sudah terbiasa dangan warna hijau dan kuning dan tidak biasa dengan warna ungu pada lambang institut. Bebudak enjin dah tidak melepak di menara ke mengurat adik-adik SS? Mungkin tidak kerana kesemua fakulti kejuruteraan telah pindah ke menara berkembarnya.

(lambang ini adalah lambang UiTM, bukan ITM ye)

Hell's engine, wujud lagikah pertubuhan haram ini di ITM, eh silap, UiTM. Hal Ehwal Laki-laki Sahaja. Itulah singkatan pada ayat Hell's itu, bukan neraka ye, jangan salah faham. Budak-budak ADASI ada lagi ke? Atau ADASI telah dihapuskan oleh para-para pengajar neo-sekular. Amalan Didikan Asas Islam jika tidak salah hamba maksud penuh ADASI ini.

Ingat lagi, semasa minggu orientasi, hari terakhir akan ada satu ujian tentang Islam untuk pelajar-pelajar Islam. Ujiannya senang, baca doa Qunut. Siapa tidak lepas, wajib mengambil subjek ko-kurikulum ADASI satu semester, kalau lulus, ambillah subjek ko-kurikulum yang lain-lain. 1 kredit sahaja. ITM waktu itu mewajibkan 3 semerter berturut-turut mengambil subjek ko-kurikulum. Sekarang hamba tak tahu.

Maka hamba pun buat-buatlah tak tahu baca doa qunut, dapatlah hamba masuk ADASI. OK juga belajar asas-asas agama kembali, banyak yang sudah lupa.

Lagi satu, subjek agama Islam, hamba sudah lupa apa yang dipanggilnya, juga wajib untuk diambil sehingga 4 semester. Ramai jugalah ustaz-ustaz dari jemaah PAS yang mengajar kami ketika itu. Begitu juga ADASI, kader-kader Pemuda banyak yang telah dibentuk disini. Tetapi sekarang, setelah menjadi UiTM, hamba sudah tidak tahu ada atau tidak ada subjek ini. Rasa macam telah diharamkan.

Tiba-tiba, adalah seorang muslimat PAS yang telah menjadi EXCO mencadang agar UiTM dibuka untuk semua. Maksud semua ialah buka kepada manusia-manusia bukan Melayu, bukan Iban, bukan Kadazan dan bukan Bajau. Menarik juga.

Tetapi alangkah eloknya, muslimat PAS yang telah menjadi EXCO ini mencadangkan agar ADASI ini diwujudkan atau diperkukuhkan lagi di UiTM ini. Pelajaran-pelajaran agama dikuatkan dan diperkukuh serta dimantapkan di institut, eh silap, di universiti UiTM ini. Waktu dahulu, Iban dan Kadazan bukan Islam juga wajib mengambil subjek Tamadun Islam 4 semester. Kira dakwah le tu. Sepatutnya, perkara inilah yang perlu diketengahkan. Mantapkan pendidikan Islam pada semua fakulti di UiTM. Kan ke cantik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?