PERGI KENDURI AKHIRNYA SISWA-SISWI UiTM.

Baju hitam belaka. Itulah apa yang hamba perasan apabila melihat adik-adik mahasiawa UiTM berdemo di depan bangunan SUK Selangor di Shah Alam. Baju 'sponsor' ke? Mungkin tidak, kerana bajunya tidak serupa antara satu sama lain. Seperti baju Hell's Engine le, semuanya hitam belaka.

Hamba berasa terkejut dan sedikit gembira melihat para mahasiswa dengan 'berani' berdemo membantah sesuatu apa yang tidak dipersetujuinya. Adalah juga kepimpinan pelajar yang boleh ke depan untuk menyatakan pandangan walaupun adanya akta AUKU.

Hamba penyokong tegar PAS, dan penyokong kuat kepada Pakatan Rakyat. Oleh itu, jika kita sebagai ahli kepada PR, maka tidak masuk akal jika kita melatah dengan gelagat para mahasiswa berdemo dan menjerit-jerit di tengah-tengah jalanraya kerana inilah impian PR, ingin melihat mahasiswa yang pro-aktif di dalam perkara-perkara berkaitan masyarakat, politik dan isu-isu diluar dari tembok menara gading.

Hamba berharap agar para mahasiswa, bermula dari titik permulaan ini, akan lebih berani, kritis dan pro-aktif untuk ke depan menyatakan pendapat atau bantahan untuk kebaikan masyarakat, negara dan Islam. Jangan hanya kerana telah mendapat lampu hijau dari pihak pentadbir Universiti, barulah berani keluar berdemo, tetapi jika isu yang hendak dikedepankan tidak mendapat restu dari pihak pentadbir Universiti, semua siswa-siswi menikus.

Teruskan berdemo, atau teruskan 'pergi kenduri', kerana ianya akan menyihatkan minda dan menanamkan sifat berani. Cuma apa yang kurang di dalam demo bantahan oleh pihak mahasiswa UiTM semalam, tidak diserikan dengan polis FRU, air asid, gas pemedih mata dan cotar pukulan dari FRU kepada tubuh badan kita.

Tiadanya peristiwa polis FRU mengejar mahasiswa sehingga masuk ke dalam masjid seperti demo bantahan kedatangan pasukan kriket Israel dahulu melihatkan sedikit kemurungan pada demo mahasiswa semalam. Murung ketahap tidak ceria dan membosankan. Namun, walauapapun, tahniah kepada mahasiswa yang pergi kenduri beramai-ramai semalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?