Kenyataan TG Nik Aziz selepas ditemui Anwar.. 'PAS tetap tidak iktiraf hak Yahudi'

Ada baca dalam blog anak sungai derhaka tadi, agak menarik artikelnya.....

 Kenyataan TG Nik Aziz selepas ditemui Anwar.. 'PAS tetap tidak iktiraf hak Yahudi'


SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan semula pendirian parti itu tidak akan sekali-kali mengiktiraf walaupun "seinci hak" Yahudi terhadap bumi Palestin.


"Saya ingin mengulangi pendirian saya dan Majlis Syura serta pendirian Pas khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini," kata Nik Abdul Aziz dalam mesej yang dipaparkan dalam laman sosial Facebook beliau petang ini, lebih lima jam selepas menerima kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar menemui Nik Abdul Aziz bagi menjelaskan pendirian beliau berkenaan kedudukan Israel sebagaimana disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal bulan ini, di ibu negara hari ini.

Dalam mesejnya, Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau rasa hairan kerana sesetengah pihak yang kelihatan sangat anti-Yahudi "masih tergamak menjalin hubungan dagang dengan Israel", bahkan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.

"Pihak-pihak ini hakikatnya hanyalah ayam jantan yang berkokok gagah sedangkan ekornya bergelumang najis," kata beliau dilihat merujuk kepada kehadiran dua kapal milik syarikat Yahudi di Westport minggu lalu. Satu lagi dijangka akan berlabuh esok.


Asalnya dari SINI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?