PENIPUAN HARGA MINYAK; MELAYU DITIPU LAGI.

Hari ini saya hendak bercerita tentang harga petrol. Bukan tentang RM 3.0 bilion, bukan tentang PTPTN, bukan tentang KNR, tetapi tentang harga petrol. Atau lebih tepat, harga petrol di Malaysia.

Semua orang tidak tahu, apakah kandungan sebenar buku kira-kira Petronas. Kerana buku kira-kira Petronas tidak boleh ditunjukkan kepada orang lain, selain PM. Mengapa terjadi begitu, sudah semestinyalah untuk mengsonglap sana sini duit minyak berbilion itu.

Maka, oleh kerana buku kira-kira Petronas adalah rahsia, maka apa yang boleh diberitahu kepada rakyat Malaysia ialah untung atau rugi syarikat Petronas itu dari tahun ke tahun. Itu sahaja.

Diberitakan kepada kita, bahawa pada tahun lepas, iaitu kewangan berakhir 31 Mac 2011, Petronas telah memperolehi keuntungan sebanyak RM90.49bilion, berbanding RM67.3bilion pada tahun 2010 (baca sini). Banyak tu.

Pada tahun ini pula, suku pertama tahun 2012 berakhir kewangan 31 Mac 2012, Petronas memperolehi keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM20.7bilion. Ini berdasarkan harga minyak Brent dalam lingkungan harga $106-106 satu barel (baca sini).

Jadi, maksudnya apa di sini? Maksudnya ialah, Petronas memperolehi keuntungan berbilion-bilion RM setiap tahun. Sudahlah gaji pekerjanya tinggi-tinggi melangit, namun tetap, mereka perolehi keuntungan bilion-bilion.

Cuba kita baca pula satu artikel dalam laman ini (baca sini). Lihat muka surat 4 berkaitan dengan Export. Pada 2010, Malaysia mengeksport 234,000 barel untuk satu hari, berbanding dengan 205,000 barel import untuk satu hari. Maksudnya, satu hari, Malaysia ada lebihan 29,000 barel minyak untuk dijual.

Perlu juga diketahui, minyak mentah petroleum yang dijual oleh Malaysia adalah jenis yang berkualiti tinggi (TAPIS). Sulfur kurang dari 0.5%, atau lebih tepat, 0.08%. Ianya dipanggil 'light sweet oil'. Harga jualan yang boleh diletak harga oleh pihak Petronas adalah dalam harga premium. Mungkin lebih tinggi dari harga minyak mentah Brent (harga minyak Brent). Atau lebih tepat, Malaysia mengeksport minyak mentahnya dengan menggunakan harga TAPIS.

Dan minyak yang diimport oleh Malaysia, dan ditapis untuk menjadi minyak petrol, diesel dan lain-lain produk dari minyak mentah petroleum, adalah lebih berkualiti rendah (heavy crude oil). Yang banyaknya datang dari negara timur tengah. Maka, harga minyak ini banyak bergantung kepada pasaran harga OPEC.

Maka, untuk perbandingan harga pada hari ini, 10 Jun 2012, harga TAPIS adalah $106.14, berbanding dengan harga OPEC, $97.70. Beza harga satu barel adalah $8.44, jika Malaysia mengeluar dan mengimport minyak pada kadar 50:50, Malaysia tetap dapat untung dari penjualan harga minyak Malaysia yang mahal.

Kita ambil contoh bodoh pada tahun 2010, kita eksport dan import pada kadar sama 205,000 barel, maka Petronas akan dapat duit 205,000X$8.44 = $1,730,200 untung satu hari. Atau RM5,190,600 untung SEHARI lebih kurang. Kira bodoh untuk setahun, lebih kurang RM1.9bilion. Itu untuk jual beli minyak  mentah sahaja. Atau lebih tepat, jualan minyak yang belum dikiran lebihan 29,000 barel sehari dari nilai eksport. Belum lagi cerita dengan gas asli, bitumen, barang-barang hasilan petroleum yang lain.

Kesimpulannya apa di sini?

Kesimpulannya, mana datangnya ungkapan SUBSIDI minyak yang ditanggung Kerajaan? Pada buku kira-kira manakah datangnya ungkapan subsidi itu?

Jika jual sama banyak antara import dan eksport pun, Malaysia dapat untung bilion-bilion, belum lagi kira yang lebihan, itupun hanya dari penjualan minyak crude oil, maka, oleh itu, tolong tipukan lagi orang Melayu, mana datangnya ungkapan subsidi yang selalu digembur gembarkan kepada rakyat?

Jika hendak tahu cerita 'sebenar' berkenaan penipuan harga petroleum ini, anda wajib baca artikel ini (CERITA BENAR DARI SYARIKAT AISYALAM SDN BHD)

Selamat  membaca.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?