PASAL SULTAN JOHOR LAGI....




Saya ada terbaca cerita ini dalam satu blog. Samada dia yang tulis atau dia ambil dari mana, saya tidak tahu. Sila baca ini; TMJ: 'Kenapa hanya orang Melayu mahu jatuhkan Raja'

Apa yang menarik perhatian saya ialah ungkapan ini;

“Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup.

“Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja,” tulis baginda lagi menerusi Twitter.

Kenapa dikaitkan dengan Singapura? Tidak Indonesia? Itu hamba kurang pasti..... Ada faham?

Ulasan

Unknown berkata…
A'kum

Sebab kononnya Malaysia akan diperintah oleh Cina (DAP)sebagaimana Singapura. Di Singapura semua didominasi oleh Cina baik dari segi politik maupun ekonomi.Itu pendapat dialah. Sedangkan Indonesia masih lagi ditangan orang Indonesia/Melayu.
Jadi bila ini terjadi rakyat Melayu akan cari Rajalah kononnya. Sape pulak yang pajakkan Pulau Singapura kat British dulu?

Yang Pulau Batu Puteh dan Tanah Kereta Api Tanjung Pagar terlepas ke tangan Singapura tak ada apa-apa respon pun. Begitu juga dengan isu air Johor-Singapura. Orang Johor diam juga!

Saya yakin walau apa pun terjadi, dunia masih belum kiamat.
ibnmustaffa berkata…
Terfikir juga, jika dekat dgn kiamat nanti, mereka inikah yg akan memimpin kita utk berperang dgn dajjal?
ju berkata…
Kita x ada apa2 nilai pn di sisi Allah. amalan yg ptg. dunia ni di amanah utk kt jg. mati nnt jawab la di depanNya.
kerispuaka berkata…
keturunan Tememggung Ibrahim ni lagak lebih-lebih sekarang ni.Cari glamour la tu.Tak reti-reti nak pakai tanjak atau tengkolok macam Raja/Sultan negeri lain.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?