ULAMA LAH PIMPIN PAS, APAHAL PROFESIONAL PULAK?

Kerja baru sahaja selesai. Ada mesin bertaraf jutaan ringgit perlu dijalankan setelah lama ianya tidur. Bukan tidur kerana rosak, bukan tidur kerana tiada projek untuk mesin itu, tetapi ianya tidur kerana mesin masih belum diserah kepada syarikat kerana masih belum dikomisioning dan belum dibuat latihan penggunaan. Mamat dari UK dan US datang untuk memberi latihan kepada kita disini yang berbangsa Melayu ini.

InsyaAllah, seminggu lagi, siaplah kerja latihan penggunaan mesin itu. Ada banyak ilmu yang telah diberikan kepada mamat UK dan US kepada kita. Dan mamat US dari Illinious atau Chicago itu memang mamat yang baik lagi amat pemurah memberi ilmu kepada kami mamat-mamat melayu biasa-biasa ini. Jika berlaku peperangan, hamba mendoakan agar beliau tidak akan menjadi askar US kerana hamba sudah menganggap beliau sebagai sahabat semasa beliau menjadi guru kami disini. Tidak sanggup hamba untuk membunuhnya. Baik orangnya dan tidak sombong seperti mamat-mamat dari US yang lain.

Jika hendak dibandingkan dengan mamat-mamat dari Jepun, memang mamat dari US ini lebih 2000 kali ganda tidak kedekut ilmu berbanding pengalaman hamba menjadi murid kepada mamat-mamat dari jepun. Kedekut nak mampus mamat dari jepun. Kita tanya A, diberi jawapan A, tetapi jika kita bertanya A kepada mamat dari US ini, jawapannya sentiasa dari A-Z. Cukup hamba berpuas hati sepanjang 7 hari beliau mengajar kami semua mamat-mamat Melayu yang biasa-biasa ini.

Boleh jugalah dikatakan, mamat dari US ini seperti ulama kepada ilmu-ilmu pengendalian mesin bernilai jutaan ringgit ini. Alimnya ilmu mamat US ini kepada mesin ini sehingga beliau boleh dipandang sebagai mursyid kepada mesin itu dan taraf tingginya ilmu sehingga boleh digelar ulama muktabar kepada mesin nilaian jutaan ringgit itu. Apa-apa yang disebutkan oleh beliau tentang mesin itu boleh dijadikan sebagai fatwa yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana individu yang lain kerana sungguh alimnya beliau dengan ilmu mesin itu.

Oleh itu, jika ada sesiapa yang ingin berhujah dengan mamat US ini, orang itu mestilah juga dari kalangan manusia-manusia yang pakar didalam bidang pengendalian mesin jutaan ringgit itu. Jika ada insan-insan yang dari luar hendak berhujah dengan mamat US ini tentang mesin itu mempunyai latar belakang 'tahu-tahu' sahaja akan mesin jutaan ringgit itu, maka tolonglah jangan membuang masa kerana masa yang dibuang atau diluang itu hanya akan menyesatkan mereka-mereka yang hendak belajar cara penggunaa mesin itu. Habis punah mesin itu didalam beberapa bulan penggunaan walau mesin itu berjumlah jutaan ringgit kerana telah dikelirukan oleh insan yang bukan ulama kepada mesin bernilai jutaan ringgit itu.

Habis kerugian yang akan menimpa kepada syarikat kerana telah mengeluarkan modal berjuta-juta ringgit tetapi hanya dapat melihat mesin itu rosak lagi musnah kerana dikendalikan dengan penuh cara tidak betul kerana telah disesatkan oleh insan bukan ulama kepada mesin bernilai jutaan ringgit itu.

Oleh itu, diharap, faham-fahamlah apa yang maksud tersirat didalam cerita diatas. Pihak jemaah PAS janganlah peningkan kepala untuk menilai 2 versi siapa yang patut memimpin jemaah PAS. PAS telah menjalani reformasinya dahulu untuk jemaah ini dipimpin oleh ulama. Kepimpinan kita adalah dibawah ulama. Jika asas itu juga ahli-ahli tidak reti, maka cap ayam jugalah kamu ini kerana tidak faham-faham akan apa itu kepimpinan ulama yang dilaungkan oleh PAS semenjak awal 80-an dahulu.

Hamba seorang jurutera, ada degree bagi ilmu kejuruteraan mekanikal. Tiada terdetik didalam hati hamba hendak melihat PAS ini dipimpin oleh golongan seperti hamba. Biar kami dari golongan bukan dari bidang ilmu agama ini menjadi kuli kepada ustaz-ustaz untuk mengendalikan jemaah.

Biarkan hamba dari golongan 'profesional' (kononnya) menggerakkan jemaah dengan diberi arahan kepada hamba dari para ilmuan agama. Biarkan hamba, seorang jurutera, dibimbing oleh tok guru untuk menjalankan aktiviti jemaah. Biarkan hamba, seorang pemegang ijazah kejuruteraan, merendahkan taraf hamba dari seorang yang berkuasa dipejabat hamba, tetapi apabila bersama jemaah, menjadi hamba atau kuli kepada ustaz-ustaz kampung yang menjadi ketua kami didalam jemaah PAS. Biarkan hamba, seorang bijaksini, dibimbing oleh para bijaksana agar terus utuh istiqomah didalam perjuangan menegakkan Islam.

Memang itu apa yang hamba mahukan, memang itu apa yang hamba mahukan........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?