JANGAN BERKURANG AJAR DENGAN ULAMA.

Jam menunjukkan pukul 10.30pg. Hari ini hari Sabtu. Semalam hari Jumaat. Hari menyambut pekerja-pekerja sedunia. Cutilah maksudnya kepada mereka-mereka yang bekerja makan gaji dan tripplelah OT kepada sesiapa yang bekerja semalam hari. Namun, ada juga insan yang bekerja semalam tetapi tiadanya OT, insan itu adalah hamba.

Namun cadangan asal hendak ke Akuaria di KLCC bersama anak sulong hamba hari ini. Anak hamba yang kedua balik ke Batu Enam bersama umminya. Tok tua hamba baru keluar hospital. Sakit. InsyaAllah beransur sembuh. Hamba tidak dapat pergi kerana hamba bekerja Jumaat semalam. Mungkin selepas menulis blog ini, hamba akan mandi untuk ke sana, lihat ikan berenang. Ya, hamba masih belum mandi pagi ini, namun hamba sudah solat subuh. Jangan salah sangka,.....

Lama sungguh hamba tidak berblog di blog hamba yang cap ayam ini. Maklumlah, sibuk yang amat minggu ini. Namun hamba tetap melayari internet untuk melihat berita-berita sensasi yang ditulis diblog-blog base pada politik Malaysia. Hamba teruja melihat komentar-komentar berbagai golongan yang macam rajin sesangat memberi idea-idea yang tah apa-apa entah dengan cerita muktamar PAS nanti.

(Hamba manusia taksub dan taksub hamba hanya pada Islam)

Hamba masih teringat lama dahulu melihat satu blog dimana beliau ini dengan tanpa segan silu menghina tok guru Hadi awang dan Harun Din di dalam blognya. Penghinaannya senang sahaja, letak gambar tok guru dan ustaz Harun Din dalam gambar, kemudian komen dengan kata-kata yang kurang sopan pada gambar itu. Hanya semata-mata tidak mahu bermuzakarah dengan munafik umno. Blog ini dari perak, negeri dimana Allah telah menghancurkan satu kerajaan baru ditukar kembali kepada kerajaan lama yang zalim. Banyak iktibar yang Allah turunkan kepada jemaah PAS di negeri Perak, dan diharap PAS perak terutama mamat husseyn itu nampak apa iktibar yang ingin diturunkan kepada jemaah.

Namun bukan itu yang hamba hendak ceritakan kepada anda semua, hamba cuma mahu mengatakan disini hamba ini seorang jurutera. Dilahirkan dengan pendidikan sekular, dimana ilmu agama dan dunia diasingkan. Islam yang syumul dicari dengan daya usaha sendiri, bukan melalui sistem pendidikan negara. Belajar di dalam suasana kampus yang liar dan bebas. Dan alhamdulillah, Allah telah mendorongkan hati hamba untuk berjinak dengan jemaah dan dapat mencari ketenangan untuk bersama-sama berjihad menegakkan Islam. Hamba ini ilmu agama cetek. Iman rendah. Akhlak tidaklah putih, mungkin kelabu tapi janganlah hitam. Amarahnya bersifat baran. Namun alhamdulillah hatinya lembut besi.

Jadi, hamba hendak memberi kata dua kepada semua manusia, jangan kurang ajar dengan ulama. Jangan sombong dengan ulama. Jangan berlagak dengan ulama. Jangan kata nista kepada ulama. Jangan berlagak bagus lebih dari ulama. Jangan berlakon seperti ulama jika tahu diri anda bukan ulama. Jika tidak, hamba akan isytihar perang dengan kamu semua tidak kira kamu dari jemaah mana-mana sekalipun.

Perlu ingat, askar-askar Islam yang mati syahid majoritinya adalah insan-insan yang 'tidak bernama'. Mereka-mereka yang tidak dikenali. Berapa ratus ribu umat Islam yang syahid untuk memenangkan Islam semasa Salahuddin Al-ayubi membebaskan BaitulMaqoddas. Dan insan-insan yang tidak bernama inilah yang sekarang ini cukup menyampah kepada sesetengah golongan yang 'bernama' seperti ada benda yang tidak baik yang hendak ditujukan kepada para ulama.

Seperti ada satu agenda tidak molek hendak dibuat oleh golongan 'bernama' ini. Menyampah tahap gaban hamba melihatnya. Konon hendak menyelamatkan umat, pirah mabuk!! Biarlah anda-anda sekelian berkata busuknya ayat hamba didalam artikel ini, namun hamba tidak kisah, kerana artikel puak-puak 'bernama' itu lebih busuk lagi jijik dengan ayat-ayat menghasut memperlekeh ulama. Cap ayam sungguh!

Oleh itu jangan bermain api wahai anda-anda sekelian. Jika kamu bermain api, hamba pun akan bermain api walau ulama sendiri tidak akan mengizinkannya,........ (bersambung,....)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?