UNTUNG BELI RUMAH CORNER LOT.




Mengapa buah strawberi boleh tumbuh di cameron highland tetapi tidak boleh tumbuh di tepi rumah hamba? Mengapa? Adakah kerana tepi rumah hamba tanahnya tidak subur seperti cameron atau adakah ada kena mengena dengan cuaca di tepi rumah hamba adalah terlalu tidak sejuk sedingin cuaca cameron?

Mengapa hamba membandingkan tanah cemeron highland dengan tanah di tepi rumah hamba? Mengapa tidak dibandingkan di tanah belakang dapur rumah hamba atau tanah di depan rumah hamba? Jawapannya senang, belakang dapur rumah hamba tiada tanah dan di depan rumah hamba tiada tanah cuma ada tiles untuk dilapik tayar kereta hendak parking.

Rumah hamba adalah rumah 'corner lot'. Ya, hamba bukan bangsa cina tetapi rumah hamba adalah rumah 'corner lot'.

Bukan hendak kata hamba ini kaya, tidak.... hamba cuma ada banyak duit sahaja untuk membeli rumah 'corner lot'. Rumah 'corner lot' yang dibeli dengan harga lelong kerana rumah itu dilelong oleh bank dan dibeli oleh hamba semasa lelongan itu berlaku.

Rumah corner lot itu juga sudah diperbesarkan rumahnya oleh hamba, ditambah satu bilik, dibesar satu bilik, ditambah bilik ruang tamu, ditambah satu bilik air dan dibesar dapur sebesar yang mampu melihat kepada keluasan tanah.


Namun, alhamdulillah, setelah dibesarkan rumah itu, namun terdapat luas lagi tanah di tepi rumah hamba.

Pemikiran yang difikir pada akal waras hamba adalah hendak menjadikan tanah yang masih kekal ada itu menjadi taman penumbuhan rumput untuk dinikmati keindahan hijaunya.

Oleh itu, sekarang hamba sudah ada rumah yang mempunyai 2 ruang tamu, satu untuk lelaki dan satu untuk muslimat, 4 bilik tidur dimana salah satu daripadanya dijadikan stor yang besar. 3 bilik air 2 daripadanya didalam bilik, satu ruang makan dimana terletaknya TV 14" yang besar ada bersamanya dan sebuah dapur yang agak selesa untuk dijadikan tempat memasak jika ada kenduri-kendara di rumah.

Jadi, apakah permasalahannya dengan rumah hamba sehingga hendak dimasukkan didalam blog hamba yang macam bagus ini? Jawapannya ialah setiap lelaki mestilah berani untuk membeli rumah 'corner lot' yang besar tanahnya agar tanah itu akan menjadi hak milik kekal kita sehingga anak cucu.


Jangan beli kondo yang didalamnya tiada tanah dan disebabkan tiada tanah, tak bolehlah hendak buat renovation rumah.

Jadi, oleh itu, undilah PAS agar Tok Guru Abdul Hadi boleh menjadi perdana menteri Malaysia. Takbir!!!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?