ANAK SULONG HAMBA DEMAM.


Sedih melihat anak yang aktif, tiba-tiba duduk 'statik' tidak bermaya kerana tidak sihat - Nur Jannah, 3 tahun.

Jam 3.30 pg tadi, hamba melihat suhu badan Nur Jannah kembali naik. 39.7'C. Demam panas. Hamba ambil keputusan memberi ubat bontot kepada anak hamba yang sulung itu.

Sudah masuk 3 hari beliau demam. Semalam seperti sudah kebah, namun pagi ini, suhunya naik kembali. Hamba bercadang hendak ambil cuti esok. Anak tidak sihat, masa beginilah sepatutnya hamba ambil cuti.

Alhamdulillah opahnya dari KL datang menjenguk. Bolehlah anak hamba yang sulong itu bermanja lebih dengan opahnya. Kasihan pula ayah hamba, atok Jannah, ayah terpaksa berjaga pagi kerana cucunya demam. Jannah tidur dengan opahnya jika opahnya ada.

'Ayah, boleh tepi sikit, nak beri ubat pada Jannah ni.', kata hamba kepada ayah hamba yang juga tidur dengan Jannah. Memang cucu kesayangan Jannah ini. Mengganti cucu sulong ibu dan ayah, Aqlan, anak saudara hamba yang tersangat disayangi opahnya itu yang sudah berhijrah ke Bahrain.

Hamba tidak boleh tidur. Buka internet untuk memohon cuti 'emergency'. Tempat kerja hamba, mohon cuti gunakan cara ICT sahaja. 'Paperles'. Sudah buka internet, maka apalagi, berbloglah hamba.

Selalunya begitulah, Jannah paling kurang akan kebah demamnya selama 3 hari. Adiknya dan ayahnya demam dahulu. Hari Rabu, petang, Nurul Iman demam. Hamba pun demam. Kuat juga demam adiknya itu. Suhu tertinggi 40.1'C. Namun, alhamdulillah, hari Jumaat beliau sudah kebah. Kakaknya pula yang sambung demam, jam 3.00pg Sabtu. Mungkin jangkit dengan adik dia, atau dengan ayah dia, sebab Jannah suka tidur sebelah ayah dia.

Ingat lagi hamba, jam 3.00 pagi itu, hamba terjaga dari tidur kerana terperasan badan Nur Jannah seperti panas. Hamba mengambil termometer, mengambil suhu di telinganya. Hamba beli termometer yang mahal sedikit, suhu dibaca ditelinga kerana ia adalah suhu yang tertepat dan cepat. Pada ibubapa yang mempunyai anak kecil, habiskanlah wang ada sebanyak sedikit untuk beli termometer telinga ini, dalam lingkungan RM150 ke atas. Banyak gunanya.

37.5'C. Itulah bacaan suhunya. Hendak demam, mungkin. Hamba tukarkan pampernya yang sudah penuh dan tukar baju kepada baju yang lebih terbuka agar wap haba dapat keluar. Jam 4.00pg, ambil kembali suhu Jannah. 38.7'C. Sah, demam. Naik cepat. Hamba beri beliau ubat.

Kepada pasangan yang baru bernikah semasa cuti sekolah lepas, maka insyaAllah anda semua akan melalui pengalaman ini. Semasa 'honeymoon', memang seronok yang amat. Kemudian,dapat anak sulong, lagilah seronok yang amat. Kemudian menjaga anak yang baru lahir, lagilah seronok yang amat.

Tidur tidak menentu. Jaga jam 2 pagi, 3 pagi, 4 pagi melayan karenah anak, memang meletihkan, tetapi percayalah, walau jika anda tidak pernah terjaga malam sebelum ini, tetapi untuk anak, anda sanggup melakukannya. Lepas subuh pening kepala, dipejabat pagi-pagi seperti hendak pengsan kerana tidak cukup tidur, akan dilalui oleh anda semua. Muntah di tandas pejabat kerana pening terjaga malam menjaga anak demam jam 3-4 pagi, seperti sudah terbiasa.

Namun percayalah, anda tidak akan menyesal dengan kesakitan badan yang anda terima kerana menjaga anak kecil. Malah, anda redho dan seronok. Barulah kita ternampak, beginilah caranya ibu dan ayah kita menjaga kita semasa kecil dahulu.

Hamba melihat sekarang ini ibu dan ayah sedang tidur dengan cucunya, merenung lama-lama kedua-dua mereka, datang rasa sebak melihat kedua orang tua hamba. Sungguh banyak dosa hamba kepada orang tua hamba....... sungguh banyak.......

Ulasan

Salam tuanhamba, teman berdoa agar anak tuanhamba sihat seperti biasa.cuma teman bagi tip pengalaman dan petua teman ialah bila anak demam panas selain ubat doktor kita kena berjaga mlm kerana kepala anak kena jaga agar tidak terlalu panas.Jika mlmhari masih juga panas sediakan air asam jawa buat sendiri.Sapu bahagian kepala yg panas .ulang jika perlu .Berpada-pada elakkan terlamau sejuk pula.pastikan anak itu dapat minum dan pulihkan selera utk minu.
Zaman denggi ini, teman amalkan minum 100plus seminggu sekali dan banyak minum air pada keluarga teman.Mudahan usaha kita diberkati dan dimakbulkan tuhan.Wallahualam

Selain

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?