KAMU NAK APA SEBENARNYA?

Hari ini saya hendak kembali bergejuis. Lama sudah saya tidak bergejuis. Tetapi, hari ini, saya akan kembali bergejuis.

Niat hati, untuk tiba-tiba membuat artikel baru, datang dari satu cerita. Cerita yang berkaitan dengan gambar.

Memandangkan tajuk blog saya ini adalah pendapat peribadi hamba, maka apa-apa yang terkandung didalam artikel ini, adalah daripada pandangan peribadi saya. Tiada kaitannya dengan orang lain. Tiada kaitannya dengan arahan sesiapa. Tiada kaitannya dengan kumpulan apa-apa. Ianya adalah berkaitan dengan pendapat peribadi saya.

Sebelum saya memulakan artikel ini, ingin saya menjawab ulasan daripada tanpa nama, 25 Jun 2013, 12:20PTG, bahawa IRC itu bukan PAS, dan PAS itu tiada istilah IRC didalamnya. IRC adalah parasit yang menyelinap ke dalam PAS dan berusaha untuk memusnahkan iktikad perjuangan PAS yang asal. Agar, anda faham.

Berbalik kepada isu yang hendak saya ketengahkan ini, iaitu satu isu berkenaan dengan gambar. Sebuah gambar yang menyebabkan individu ini dikutuk oleh pengikutnya sendiri. Gambarnya adalah seperti dibawah;



Gambar ini diambil semalam. Di dalam Parlimen. Pada ketika, perkara ini berlaku diluar Parlimen;




Jika hanya gambar ini sahaja yang di ceritakan, itu masih ok lagi, tetapi apabila ianya telah diolah sebegini, seperti di bawah ini;

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/06/dua-darjat-pemikiran-di-parlimen.html

maka saya ada sedikit ralat dengan realiti sebenar perjuangan Anwar Ibrahim.

Mula-mula, saya hendak memberitahu, saya adalah salah satu manusia yang tidak sukakan Anwar Ibrahim. Bukan tidak suka kerana sifat individunya. Tidak. Tetapi, saya tidak suka kepada pemikiran politik beliau. Memang saya totally tidak suka akan beliau.

Pemikiran beliau, maksud saya pemikiran beliau selepas memasuki umno, sehingga kini, apabila mentadbir PKR, adalah satu pemikiran Machiavelli. Buat segala, asal dapat. Memang saya tidak sependapat. Lebih-lebih lagi tentang pemikirannya dalam perlaksanaan Islam dalam syariat pemerintahan, sungguh berbeda.

Namun, apabila, ada orang mengatakan, bahawa Anwar Ibrahim, adalah seperti seorang pemimpin, yang hanya duduk senang didalam penghawa dingin, duduk selesa di kerusi empok, tidak pernah merasai panas lelah di padangan demonstrasi, itu memang andaian yang nakal.

Perkara yang berlaku di depan pintu masuk Parlimen, sebenarnya telah terbiasa dilakukan oleh beliau semasa beliau sama usia dengan mereka yang tidur diatas jalan raya itu. Kena sepak terajang dengan polis, juga sudah menjadi medan darah daging Anwar Ibrahim ketika beliau dalam usia pemuda. malah ditangkap dan di ISA kan juga, telah dikenakan terhadapnya ketika sebelum zaman reformasi dahulu. Ketika dizaman AUKU pun belum diwujudkan lagi.

Sebenarnya, apa yang perlu dicatitkan disini, semangat orang muda zaman 70-an, telah kembali hidup dan subur.

Malah, jika Ibrahim Ali melihat perkara ini secara live, sudah pasti beliau teringat semasa beliau muda belia dahulu semasa di ITM. Itulah kerja dia. Buat demo.

Maka, apakah keperluan, mereka-mereka yang mengaku pendokong suara rakyat, dengan tanpa rasa bersalah dan membuta tuli, membuat kata-kata nista kepada tuan punya badan bernama Anwar Ibrahim hanya semata-mata beliau duduk semeja dengan puak-puak umno? Apakah kebaikan yang akan diperolehi oleh kamu semua?

Kamu semua juga kena ingat, jangan terlampau taksub menyatakan bahawa segala apa yang kamu katakan itu adalah dari suara rakyat. Atau, spesifiknya, suara orang muda. Adakah betul dan benar, semua pemuda menginginkan apa yang telah diagendakan oleh kamu semua?

Dan juga, janganlah pula, ada mereka yang berbaring diatas jalanraya itu, 5 tahun kemudiannya, menjadi pemuda umno, seperti juga yang dilakukan oleh Anwar ibrahim ketika mudanya dahulu. Jangan, sesekali jangan.....

Ulasan

Yamaha R6 berkata…
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Salamum Blogger ibnmustaffa
Tolong jangan pandang sebelah mata dan buat andaian , pernah kah empunya blogger merasai di terajang , di bogel , d penjara bertahun tahun??????
Jangan pandang sebelah mata bagai keadaan si Azazil ... setiap perkara mesti ada sebabnya ( Things happen for reason ) .Jika ingin kalahkan atau jatuh kan musuh , mestikan diri untuk duduk dan memperlajari dari pihak lawan barulah kita tahu akan kelemahan musuh kita . Masuk kandang babi bukan bererti kita kan ikut cara makan nya babi !!!! Empunya blogger tolong jangan duduk dalam tempurung okay.Oleh Yamaha R6
ibnmustaffa berkata…
Nak kata bodoh, memang bodoh pun si yamaha R6 ni. Hang baca tak saya punya artikel ni sampai habis? Ke tak reti bahasa Melayu?

Pabila taksub menyelubungi kepala, maka manusia yg menyebelahi dia pun dia tak nampak.

Stupid to the extreme of monkey....

(Sengaja saya buat ayat tidak berlapik dan kurang ajar)
Tanpa Nama berkata…
sokong tuan admin....yamaha R6 baca tak abis.....kalau hati dah busuk - baca satu baris dah buat konklusi yg bukan2...

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?