PETISYEN LAGI....

Saya rasa pelik, selepas PRU13 ini, bn telah membuat agak banyak petisyen pilihanraya. Saya tidak tahu mengapa, kenapa dan apa sebabnya, bn, atau lebih tepatnya, umno, sungguh beria-ia mengeluarkan petisyen pilihanraya. Jika Pakatan Rakyat, itu memanglah munasabah, kerana mereka telah beranggapan PRU13 dahulu, adalah tidak betul dan tidak adil.

Namun, masalahnya, memang dari dahulu lagi pilihanraya di Malaysia ini berat sebelah. Semenjak Anwar Ibrahim dalam umno pun, pilihanraya di Malaysia ini, hanyalah kosmetik demokrasi yang sengaja ditonjolkan oleh Malaysia agar dunia luar beranggapan kita ini negara demokrasi, kerana kita ada pilihanraya. Tetapi, sebenarnya, pilihanraya yang penuh penipuan.

Perasaan pelik ini juga, bertambah kuat, apabila, melihat, Ali Rustam juga telah membuat petisyen pilihanraya di Parlimen Bukit Katil. Petisyen itu pula dibuat kerana dituduhnya ada orang PR berkempen sehingga depan bilik mengundi.

Tak tahulah pula saya, jika kesalahan itu boleh menyebabkan terbatalnya keputusan keseluruhan Parlimen Bukit Katil. Ada sesiapa yang tahu, kesalahan apakah yang boleh sehingga menyebabkan keputusan pilihanraya itu terbatal? Saya ni bukan peguam.

Saya juga musykil, berapa kuatkah petisyen yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat sehingga boleh menyebabkan keputusan pilihanraya itu terbatal. Maksud saya, dari aspek undang-undang Malaysia. Jika kita bukti, bahawa dakwat kekal dalam PRU13 itu tidak kekal, dan memang ianya tidak kekal pun, adakah ianya akan menjuruskan pembatalan keputusan pilihanraya?

Jika PR juga ada bukti, puak umno memberi rasuah kepada pengundi di pondok panas, adakah itu akan menyebabkan keputusan pilihanraya di kawasan itu terbatal? Tolong berikan pencerahan sedikit kepada saya. Adakah petisyen ini, hanya sebagai gimik politik untuk meraih simpati rakyat Malaysia khususnya, dan juga rakyat antarabangsa amnya, dan oleh kerana itulah, maka umno pun sama-sama sibuk untuk membuat petisyen pilihanraya?

Maka jika betul, banyak betul kewangan yang dikeluarkan untuk membuat kerja-kerja politik ini..... Patutlah ada satu parti dari PR, mahukan sangat jawatan GLC dipegang oleh orang politik. Sebab banyak sangat perlu gunakan duit untuk menang pilihanraya di Malaysia ini. Dan sebenarnya, bukan hanya di Malaysia, malah seluruh dunia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?