PR DAN BN SAMA JE.
Tadi saya mendengar satu cerita, bahawa manusia yang paling saya tidak suka di Shah Alam, kononnya tidak mahu jawatan apa-apa di situ. Piiraah!! Cakap orang politik, sampai mati saya tidak percaya. Lebih-lebih lagi, mamat Shah Alam itu. Katakan jelah, orang Shah Alam hendak tendang dia keluar. Penakut!
Namun, bukan itu yang ingin saya ketengahkan dalam penceritaan blog saya pada kali ini. Kali ini saya hendak cerita berkenaan negeri yang terletaknya daerah yang bernama Shah Alam itu. .. Selangor Darul Ehsan.
Kenapa saya ingin bercerita berkenaan dengan Selangor?
Kerana saya ini lahir di ibu negeri Selangor. Kuala Lumpur. Bekas ibu negeri Selangor.
Apa-apa pun, saya beraggapan saya ini adalah warga negeri Selangor, walau tidak layak mendapat Yayasan Selangor. Kerana saya dibesarkan di sempadan KL Selangor, Belajar universiti di Selangor, kerja di Selangor, dan menetap di Selangor. Dan yang lebih penting, saya adalah penyokong tegar pasukan bolasepak Selangor.
Apa yang hendak saya celotehkan disini adalah berkenaan sibuk sangat Pemuda PAS membidas kenyataan TPM. Sila baca ini ; Pemuda PAS bidas kenyataan 'pilih kasih' TPM
Saya sebenarnya bersetuju dengan Pemuda PAS itu, namun apa yang hendak saya katakan disini ialah, tidakkah sama apa yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat terhadap negeri yang diperintahnya?
2 minggu lepas, sibuk kita mengutuk MB Terengganu Mat Said kerana beliau berkata, 15 DUN pembangkang tidak akan dapat peruntukan. Memang bebal MB itu, namun, tidakkah, itu jugalah yang dilakukan oleh PR Selangor ketika kita memerintah pada 2008 dahulu?
Duit peruntukan DUN pembangkang di Selangor, diserahkan kepada penyelaras DUN. Dan semestinya, penyelaras DUN itu adalah dari PR. Satu sen pun pembangkang tidak menerima peruntukan dari Kerajaan Negeri Selangor sepanjang 2008 hingga 2013.
Oleh itu, tidakkan kita melihat disini, walau sesiapa pun yang memerintah, maka hak seorang wakil rakyat pembangkang dibakul sampahkan. Ahli DUN sepatutnya berhak mendapat peruntukan daripada Dewan Negeri untuk berkhidmat di tempat DUNnya. Biar mereka itu pembangkang atau parti yang memerintah. Biar mereka itu kaya atau miskin. Biar mereka itu ada bantuan dari kerajaan Persekutuan sekalipun. Namun, hak tetap hak.
Atau, mungkinkah perlembagaan Malaysia dan seluruh negeri di Malaysia menyebut bahawa pembangkang tidak menerima satu sen pun dari duit kerajaan? Apa kes ni?
Kita adalah Pakatan Rakyat. Menentang bn kerana mereka korup dan tidak meletakkan hak ditempatnya. Namun, setelah kita memegang pemerintahan, segala apa tindakan yang dilakukan oleh bn, telah di copy past kembali oleh PR. Apa cerita ni??

Ulasan