NYAWA KEDAI PAYANG TERPAUT PADA PRK KUALA BESUT!!

Kuala Besut.

Nama yang tiba-tiba meletup tengah hari tadi.

Kematian Exco, yang sepatutnya kita semua berkabung seketika kerana seorang muslim telah meninggal dunia, hanya sempat di ucap takziah dan innalillah. Itu sahaja. Apa yang lebih penting yang hendak diutarakan oleh semua makhluk di bumi Malaysia ini adalah, Pilihanraya Kecil. PRK.

Inilah dia, tabiat politik di Malaysia. Memang pantas. Memang laju. Memang drastik.

Dan seperti biasa, SPR akan mengumumkan bahawa PRK akan dibuat 60 hari selepas kekosongan kerusi N01 Kuala Besut itu.

17-15, telah menjadi 16-15.

Lebih 1 kerusi.

Dan yang pasti. PAS akan memainkan semian-mainnya isu Kedai Payang yang akan dirobohkan oleh Mat Said.

Namun, sebenarnya, apa yang berlaku sekarang ini, memang benar, ianya adalah hidup matinya kedai Payang yang didalam keadaan akan dimusnahkan, jika bn kekal sebagai kerajaan negeri. Dengan terwujudnya PRK ini, maka laluan pernafasan kedai payang yang seakan mati kembali bernyawa. Dengan berlakunya PRK ini, sudah tentu nyawa kedai payang ini bergantung hidup pada undi daripada 17,679 pengundi di DUN Kuala Besut.

Walau dialek sebutan lebih 'e' dari 'ng', walau sanak saudara lebih ke arah Semerak dari Kuala Terengganu, walau lebih mengaku asal Besut dari asal Terengganu, namun kekuatan 'roh' Kedai Payang itu adalah lebih kuat dan utuh untuk menjatuhkan rejim bn Terengganu dari terus memerintah Terengganu.

Ayuh pengundi Kuala Besut, andalah penyelamat kepada Pasar Kedai Payang.....








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?