KARPAL SUDAH TIADA,... NEGARA ISLAM?
Dari rakan seperjuangan;...
Sesungguhnya itulah yang dituntut dalam Islam, samada seorang Muslim itu akur ataupun tidak tetapi Islam punya cara hidup tuntutannya yang perlu diperjuang sehingga terlaksana oleh penganutnya.
UMNO – 88
PKR – 16
PBB (Sarawak) – 10
DAP – 2
Karpal sudah tiada....Negara Islam bagaimana? (18/4/14)
Friday, April 18, 2014
Awal pagi semalam sebagaimana telah diketahui umum bekas
Pengerusi DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh telah meninggal
dunia dalam satu kemalangan ngeri berhampiran Gua Tempurung di Lebuhraya Utara
Selatan. Karpal adalah seorang ahli politik dan peguam yang terkenal.
Suka tidak suka mediang Karpal selain terkenal sebagaimana
dinukilkan di atas beliau juga merupakan salah seorang penentang kuat sebarang
usaha untuk memperkenal atau melaksanakan hukum dan peraturan Islam dalam Negara.
Kenyataan paling keras yang pernah beliau keluarkan yang kini sinonim dengan
beliau hidup atau mati adalah : “An Islamic state over my dead body”.
Tidak pernah sedikit pun semasa hidupnya, beliau bertindak
lembut atau berlapang dada dalam isu Negara Islam, malah beliau bertegas
sehinggalah akhir hayatnya. Ini terbukti apabila wartawan kanan akhbar The
Star, Joceline Tan, memetik kata-kata terkahir mendiang kepadanya sebagaimana
dilapor dalam akhbar berkenaan hari ini:
“We cannot stop them from tabling the Bill but we can vote
against it..”
Beliau bertegas menyatakan walaupun tidak boleh menghalang
PAS dari membentangkan rang undang-undang untuk perlaksanaan Hudud di Kelantan,
namun akan berusaha menentang rang undang-undang berkenaan.
PAS dijadulkan berusaha membuka laluan bagi perlaksanaan
Hukukm Hudud di Kelantan dengan membawa pindaan Perlembagaan dan “Private Bill”
atau Rang Undang-undang Persendirian di Dewan Rakyat. Menurut MB Kelantan,
Ustaz Dato Ahmad Yakob:
“Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang
undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang
Parlimen yang terdekat oleh salah seorang ahli Parlimen bukan kerajaan bagi
mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti
yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga
akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi
bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan bagi
membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud,”
Terbaru menurut ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasruddin
Hassan, Presiden PAS sendiri iaitu Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, ahli
parlimen Marang, akan membentangkan rang undang-undang berkenaan dalam
persidangan Parlimen tahun ini juga.
Berbalik kepada isu mendiang Karpal, mengapa begitu lantang
beliau menentang perlaksanaan Islam?
Jawapan spontan yang diberikan sudah pastilah kerana beliau
seorang bukan Islam, maka lumrahlah baginya untuk menolak apa sahaja yang
berbentuk Islam. Logik ini terlalu umum, namun demikian harus diberi perhatian
bahawa ramai juga yang bukan Islam yang boleh menerima malah tiada halangan
terhadap perlaksanaan Hudud di Kelantan lebih-lebih lagi dengan jaminan bahawa
ianya tidak akan terkena pakai atas mereka.
Lantas mengapa Karpal menolak?
Ideologi atau fahaman Karpal terserlah pada ideologi DAP,
partinya, yang merupakan sebuah parti yang menganut fahaman sosialis,yang
memperjuangkan hak kesaksamaan dikalangan rakyat jelata. Ianya berdiri atas
prinsip sekularisma yang menolak sebarang fahaman asing selain prinsip demokrasi
yang diperkenalkan Barat.
Dan sebagai seorang peguam, Karpal berdiri di atas
kepercayaan bahawa Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipertahankan oleh semua
rakyat, adalah Perlembagaan yang rupa dan bentuknya itu sendiri adalah sekular,
dalam hal ini tiada ruang untuk memperkenal atau melaksanakan sistem dan
pertauran keagamaan apa lagi Islam bagi menggantyikan peraturan yang sedia ada.
Kerana itu hidup atau mati Karpal akan menolak Negara Islam,
lantas padanlah apabila beliau mengatakan …. “An Islamic State over my dead
body!”
Apa pun hari ini Karpal telah tiada. Pemergiannya pasti akan
dirasai. Tiada lagi kelantangannya selepas ini di Parlimen atau dipentas-pentas
politik mahupun mahkamah.
Soalnya bagaimana dengan Islamic State yang beliau tentang
sampai mati itu?
PAS sebagaimana yang disebutkan sudah pasti akan membentang “Private
Bill” di Parlimen, ada atau tiada Karpal. Sebagaimana DAP, parti PAS juga berjuang
dengan prinsip dan matlamat yang jelas iaitu mahu mepertahan dan melaksanakan
Islam. Samada ditentang atau diterima bagi PAS itu merupakan satu
tanggungjawab.Sesungguhnya itulah yang dituntut dalam Islam, samada seorang Muslim itu akur ataupun tidak tetapi Islam punya cara hidup tuntutannya yang perlu diperjuang sehingga terlaksana oleh penganutnya.
Dunia sedang menunggu apakah pindaan di Parlimen itu kelak
akan berjaya disokong oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia sehingga memungkinkan
Enakmen Kanun Jenayah Syariha Kelantan
1993 dapat di laksanakan ataupun ianya akan ditolak.
Karpal sekiranya hidup telah dengan jelas menyatakan yang
beliau akan menolak pindaan berkenaan. Di Dewan Rakyat hari ini terdapat 222
orang ahli. Tanpa Karpal tinggal 221. Bagi memungkinkan pindaan berkenaan
diluluskan memerlukan dua pertiga sokongan ahli-ahli dewan ataupun 148
menyokong. Apakah PAS akan dapat angka berkenaan sedangkan PAS cuma mempunyai 21
orang wakil?
Oleh kerana sebagai seorang Islam, kita masing-masing
diwajibkan menyokong perlaksanaan dan penguatkuasaan peraturan Islam maka kita
menganggap semua ahli Dewan Rakyat Islam akan menyokong Private Bill ini maka
seramai 137 ahli djangka menyokong iaitu:
PAS – 21UMNO – 88
PKR – 16
PBB (Sarawak) – 10
DAP – 2
Ini bermakna “Private Bill” berkenaan masih kekurangan 11
sokongan. Dari manakah 11 itu nanti akan datang?
Bagi saya yang penting diperingkat ini adalah pembentangan “Private Bill” berkenaan oleh kerana rakyat
Kelantan sejak 1990 lagi menunggu perlaksanaannya iaitu lebih 24 tahun. PAS akan berhadapan dengan wakil-wakil
seumpama Karpal, yang bukan Islam, yang sekular. Cubalah meyakinkan mereka jika
berupaya.
Tetapi yang lebih penting adalah 21 dari PAS tidak ada
sebab, kesemuanya wajib menyokong. Jika ada ahli PAS di Dewan yang menolak atau
tidak hadir maka wajarlah tindakan disiplin dikenakan ke atas mereka. Mereka
itu wajar dipecat tanpa alasan.
Selain itu PAS perlu melobi baki 116 wakil Islam di Dewan.
Umno setakat ini telah menyatakan akan membrikan sokongan. PAS perlu pastikan
yang mereka menyokong. Bagaimana dengan 16 dari PKR yang Muslim termasuk Ketua
Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim? 2 DAP yang Muslim iaitu YB Zairil Bukit
Bendera dan YB Mohd Ariff Sabri Raub? Dan 10 dari PBB?
Kesimpulannya bagi saya PAS perlu diberi peluang untuk
membuktikan kemampuan mereka menterjemahkan keadilan Islam melalui perlaksanaan
Enakmen ini di Kelantan.
Karpal sudah tiada, mudah-mudahan kekerasan hati yang
dimiliki mendiang itu tidak diwarisi oleh ahli-ahli Dewan yang lain.
Ulasan