BELANJA SAKAN ANAK KAHWIN; LANTAKLAH KM MELAKA TU.

Ramai manusia dengki dengan kenduri kahwin anak KM Melaka. Ada yang tidak puas hati kerana ramai sangat yang datang. Ada yang tidak suka kerana jumlah wang yang dikeluarkan untuk majlis itu, dan ada yang musykil kenapa GLC Melaka bersangkut paut dengan majlis kenduri anak KM Melaka itu.

Tuan rumah kata, belanja kahwin anak dia 'hanya' RM600,000 sahaja. Tapi, ada orang kata, belanja sebenar adalah 13 juta RM. Itu saya tidak tahu. Namun, apa yang penting, RM600,000 atau RM13,000,000, kedua-duanya adalah sama. Kerana hanya disebab majlis yang satu hari, seorang manusia telah membazirkan wang untuk buat kerja yang tidak sepatutnya dia buat.

Kahwin ini benda yang bagus. Syaitan menangis jika mendengar ada umat Adam yang hendak bernikah. Dan Rasulullah SAW juga menganjurkan untuk sibapa mengwar-warkan orang ramai tentang pernikahan anak mereka. Maksudnya, Nabi suruh buat kenduri lah jika anak kita kahwin. Namun, apa yang kita lupa, Nabi menyuruh kita buat kenduri dengan se'ada'nya. Bukannya membazir.

Apabila melihat, pemimpin tertinggi sebuah negeri pun buat kerja membazir sehingga menghilangkan RM600,000 untuk kerja sehari, maka janganlah salahkan rakyat dibawah jika mereka juga hendakkan majlis pernikahan anak mereka dibuat juga seperti mana yang dibuat oleh pemimpin mereka, bazir wang banyak untuk majlis kahwin.

Juga, janganlah salahkan anak-anak bujang yang hendak kahwin, untuk terpaksa membuat pinjaman peribadi, hanya semata-mata hendak menampung kos kenduri kahwin, yang telah dimahalkan oleh karenah kepimpinan.

Juga janganlah pula salahkan bakal-bakal pengantin baru, jika setelah 2-3 tahun berkahwin, lepas itu bercerai berai kerana masalah kewangan, akibat daripada terpaksa menanggung pembayaran hutang semasa berkahwin seketika dahulu.

Apabila mak bapak dan ketua-ketua kepada mak bapak telah mengajar manusia untuk membelanjakan RM600,000 untuk belanja kahwin, dan mengandaikannya ianya tidak ada apa-apa, maka akan hancurlah keberkatan pernikahan rakyat disitu. Dalam kes ini, Melaka. Kasihan orang Melaka, benda bagus dah jadi benda tidak elok......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?