HARI INI, MEH KITA KAJI SATU PER SATU, KENAPALAH UMNO TAKUT SGT DGN 8 TUNTUTAN BERSIH?

Hari ini, apa kata kita bercerita berkenaan pilihanraya di Malaysia. Apa kes sehingga kerajaan Malaysia yang ditunjangi oleh parti politik umno bn begitu kecut perut terhadap tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0. Kenapa parti keris telanjang begitu fobia sehingga membuat kerja-kerja yang terlalu bodoh untuk menutup perbuatan mungkar mereka terhadap perhimpunan aman Bersih 2.0.

Tuntutan yang dibuat Bersih sebanyak 8 perkara itu cukup mudah. Sesiapa sahaja yang melihat dan membaca tuntutan itu, pasti bersetuju. Kecuali orang yang benar-benar ingin berbuat jahat sahaja yang tidak bersetuju dengan 8 tuntutan itu.

Apa pula sebenarnya tuntutan itu, meh kita bincang satu persatu;

Tuntutan 1: BERSIHKAN SENARAI PENGUNDI.

Apa ke halnya kerajaan umno apco begitu elergik untuk membersihkan senarai daftar pengundi. Apa ke halnya SPR seperti main wayang untuk membersihkan senarai pengundi. Mula-mula SPR mengatakan senarai pengundi adalah yang terbersih, tetapi, apabila berdialog dengan pertubuhan 'haram' Bersih 2.0, SPR kata mereka tiada kuasa pula untuk melaksanakan tuntutan ini. Ini semua kerja kerajaan. Nampak sangat senarai pengundi adalah yang terkotor dan sentiasa kotor sepanjang perjalanan PRU di Malaysia.

Maka jika kotor dan sememangnya kotor, maka yang untungnya siapa? Lu pikir la sendiri!

Tuntutan 2: MEREFORMASIKAN UNDI POS.

Yang ini satu hal. Apalah ajaibnya pihak Bersih 2.0 mengada-ngada letak ayat reformasi. Dah tahu umno apco elergik dengan reformasi, gunalah ayat lain. Memperbaharui ke, Menukari ke, barulah aman sikit puak umno itu. Tetapi, kenapa umno apco takut sangat undi pos ini direformasikan? Kenapa takut sangat undi pos ini dihapuskan? Ini kerana undi pos adalah undi yang telah digazetkan. Jika misal contoh, 1000 undi pos di kem askar KKB telah digazet untuk BN 700 undi dan bukan BN 300 undi, maka itulah undi yang akan terkeluar. Ada faham!

Tuntutan 3: GUNAKAN DAKWAT KEKAL.

Yang ini tidak payah cerita. Buang air liur. Percayalah, dakwat kekal tidak akan dibuat oleh SPR, sebab undi lebih dari 1 kali adalah trend yang perlu dikekalkan dalam pilihanraya di Malaysia. Walau telah dibuktikan dalam mahkamah ada manusia undi lebih dari 2 kali, namun SPR tidak akan buat apa-apa, sebab tuan dia, umno apco, tidak benarkan.

Lagipun, biometrik kan ke ada, siap boleh buat duit lagi. Dakwat kekal yang sudah dibeli dengan harga RM1 juta dahulu pada PRU 12, masih ada disimpan. Biometrik boleh masyuuk, dakwat kekal 0 ongkos, jika anda kapitalis, mana satu hendak pilih?

Tuntutan 4: MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI.

Yang ini sudah pastilah umno apco tidak benarkan. Apa kes hendak beri matlumat cukup-cukup kepada pengundi. Umno hanya menang jika pengundi semuanya bodoh matlumat. Maksima 10 hari. Cukup. Lebih dari itu, matilah umno. Sudahlah sekarang ada fb dengan blog, jangan buat naya.....

Tuntutan 5: AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL.

Yang ini mana boleh brother. Malaysia perlu dikekalkan setaraf dengan Zimbabwe. Parti yang bukan BN adalah BUKAN rakyat Malaysia. Tidak boleh akses kepada media. Parti bukan BN adalah musuh utama negara yang perlu dihapuskan. Jikalaulah walau 1 hari sahaja parti bukan BN diberi akses kepada media. Tersungkur gila bn dibuatnya. Yelah, jika dibenarkan, semua rakyat akan terkejut akan kebaikan dan kebenaran parti bukan BN. Tuntutan ini harus diharamkan selama-lamanya.

Tuntutan 6: KUKUHKAN INSTITUSI AWAM.

Apa gila apa Bersih 2.0 ini? SPR, SPRM, Polis, Kehakiman dan Peguam Negara hendak dibebaskan dari kencaman umno apco. Matilah umno jika begitu. Selagi umno apco memerintah, selagi itu 5 institusi ini perlu bekerja dengan zalim dan tidak adil agar umno apco terus berkuasa selama-lamanya sehingga kiamat.

Tuntutan 7: HENTIKAN RASUAH

Yang ini no komen. Semua orang sudah tahu.....

Tuntutan 8: HENTIKAN POLITIK KOTOR.

Jika tiada politik kotor, tiadalah demokrasi. Apalah, itupun tak tahu.

Kesimpulannya, hamba pasti ramai kita yang menyokong Bersih 2.0 masih tidak hafal 8 tuntutan keramat ini. Oleh itu, anda semua tolonglah hafal dan perjuangkan 8 tuntutan ini, bukannya perjuangkan Bersih 2.0 itu sendiri atau siapa yang didalamnya. Ada faham?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?