LAA,.. KEJAP JE TOK GURU KENA TAHAN.. APEHAL?

Aiseh? Apa pasal polis bebaskan Tok Guru hamba awal sangat? Jam 7.24 malam tadi tok guru dibebaskan polis. Apalah punya penakut Hisyamudin ni. Baru gertak sedikit pun sudah kecut. Berilah tok Guru berada dalam IPK KL lama sikit. Baru senang Tok Guru hamba hendak tazkirah sikit dekat polis-polis semua.

Baru sahaja hamba hendak ke KL semula untuk demo kali ke-2 depan IPK KL, dapat berita Tok Guru hamba sudah dibebaskan. Jika tidak, hingga malamlah kita berdemo.

Berlagak-lagak Hisyamudin yang sebenarnya penakut itu, memang sah terbukti beliau kecut perut gertakan Pemuda PAS untuk turun 1 juta ahli depan bangunan IPK Polis KL. Sebenarnya, pemuda buat silap tu, sepatutnya himpun ramai-ramai dahulu, baru gertak. Ini tidak, baru kami hendak turun himpun, sudah gertak. Dah tahu Hisyamudin penakut, bebaslah Tok Guru hamba. Tak jadi himpun. Jadi, tidur di rumah sahajalah malam ini?

Oh tidak, ada sedikit kerja penculaan yang hendak dilakukan. Alhamdulillah ada SSDP. Walau tidaklah power sangat, tetapi menyenangkan kerja bagi kami yang selalu buat kerja cula bagi UPU masing-masing. Hamba sedang memantau UPU yang hamba handle bagi mereka-mereka yang tidak keluar mengundi. Kenapa? Why? Apa sebab? Jika turun undi, ada tidak mereka ini akan undi PR?

Kerja cula, kerja leceh. Bukan seperti berdemo, semua orang suka. Tetapi, balik demo, tidak buat kerja cula. Maka, umno bn menang lagi dan lagilah. Sebab kita tidak buat kerja. Asyik dengan nostalgia demo sahaja. Tidak gitu?.....

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
betul tu, banyak kerja yang kena kita buat untuk memastikan kejayaan dapat dicapai.
Ha ha nak tergelak baca pasal hinshamudin yg penakut ni..
garagaikareng berkata…
menteri auwww, mana berani, program yg dihalang pun rakyat boleh turun puluh ribu, inikan pulak nak simpan lama-lama tok guru, nak cari nahas.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?