LAHIR, HIDUP DAN MATI; UNTUK APA SEBENARNYA?

Baru pagi tadi, boss besar tempat bekerja hamba meninggal dunia. Hamba dan rakan sekerja sempat solat jenazah terhadap arwah. Umur beliau hamba rasa 58 tahun. Tidak muda dan tidak juga tua. Dalam lingkungan umur untuk berehat dari bekerja.

Sempat sebelum solat jenazah, hamba baca surah Yasin. Moga pahala bacaan Yasin itu dapat dikongsi bersama terhadap arwah. Ada ustaz kata, pahala itu tidak akan sampai kepada simati, kecuali anaknya yang baca. Takpelah, dari hamba duduk berborak kosong, baik hamba baca surah Yasin. Dapat pahala kepada hamba.

Hamba melihat sekeliling yang hadir. Ramai. Ada dari keluarga Allahyarham dan ramai dari rakan-rakan sekerja. Terfikir juga hamba, jika hamba mati ketika ini, ke mana hamba akan pergi? Apa-apa yang hamba miliki di dunia ini, satu pun tidak akan dibawa bersama. Yang dibawa hanyalah pahala dan dosa. Biarlah ianya dalam bentuk pahala milik sendiri atau pahala derma amal jariah atau doa anak yang soleh. Itu semuanya dalam bentuk pahala. Benda yang tidak nampak.

Jikalau bos hamba itu bukan seorang Islam, dan beliau adalah baik orangnya, ada manusia yang menggunakan akal atas kepala beranggapan orang itu juga akan masuk syurga? Maaf saudara, walau anda semua berhujah macam mana sekalipun, yang bukan Islam, tetap akan ke neraka. Anda semua anggap dia itu baik macam mana pun mengikut persepsi akal atas kepala, jika dia tidak bertuhan kepada Allah dan ber Rasul kan Nabi Muhammad, maka dia tetap akan masuk neraka.

Apa tujuan manusia hidup? Suka-suka? Perhabiskan beras gandum? Mencari kuasa? Berpolitik? Tidur makan minum? Atas dasar apa manusia hidup? Apakah rujukan moral untuk kehidupan? Siapa kata mencuri itu jahat? Atas dasar apa yang kita boleh juruskan baik itu baik dan jahat itu jahat? Adakah seseorang yang memberi makan kepada orang miskin itu baik? Atas budibicara apa yang menyatakan ianya baik? Apakah piawai baik? Dan apakah piawai buruk? Dalam buku dokumen apa yang menyatakan baik dan buruk?

Jika anda berkata bahawa semua agama adalah sama dan serupa, agak-agaknya, jika anda mati sekarang, ke mana anda akan pergi?

Mengapa hamba hari ini bercerita tentang perkara ini? Mengapa tidak esok atau bulan depan. Mengapa sekarang? Ini kerana, baru sebentar tadi, hamba menghadiri satu kematian. Kematian kepada big bos hamba tempat bekerja. Dialah kepala teratas didalam syarikat hamba bekerja itu. Dialah yang paling berkuasa.

Namun, berkuasa besar macammana pun, jika Allah kata kamu mati hari ini, maka matilah kamu. Biarlah kamu itu Obama ke, Najib ke, Anwar ke, jika kamu hendak dimatikan Allah sekarang, maka sekarang jugalah kamu mati. Tidak kira kamu ini umur 50 ke, 60 ke, 30 ke baru sebulan hidup ke, jika Allah kata mati, matilah kamu. Kita tidak tahu bila kita akan mati. Itu yang menakutkan hamba.

Hamba takut, pada keadaan bila kita akan mati. Tetap dengan Islam ke, atau tidak (Nauzubillah). Hamba risau, adakah pahala yang dibawa oleh hamba sekarang ini mampu untuk mengelakkan hamba dari terkena azab kubur. Hamba rasa seperti timbangan dosa hamba adalah lebih berat daripada pahala ketika ini.Ya Allah,....

Ikut akal, ini ahli syurga ke? Ulang lagi sekali, jika ikut akal.
Allah telah menetapkan, untuk masuk syurga, ada dua perkara yang perlu kita lakukan. Satu beriman kepada Allah dan Rasul, yakni Islam, dan yang kedua berbuat baik kepada orang lain seperti mana kamu suka apa yang orang lain perlakukan kepada kamu. Ada dua. Satu perkara berkenaan iman kita kepada Allah, dan yang lagi satu, kehidupan kita dengan manusia. Mesti dua-dua, tidak boleh salah satu.

Jika kita mengucap "Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah", dan kita percaya kepadanya, namun kita zalim terhadap manusia, seperti menjadi pemimpin yang rasuah, maka nereka juga tempatnya. Jika ada seorang manusia, menjadi pemimpin yang baik, tidak pernah rasuah dan adil, tetapi tidak percaya Allah itu Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul, maka ke neraka jugalah tempat beliau. Ianya perkara mudah dan simple. Beriman dan buat baik kepada manusia. Hiudp kamu akan terjamin. Apa hendak pening-pening kepala?

Hamba sekarang ini agak kerisauan, dalam kita berpolitik, berkawan bersama menentang kepada pemerintah yang zalim, namun ada segolongan manusia, dilihat ikhlas bersama berjuang, tetapi mempunyai mentaliti yang agak hitam dan berbeza dari segi akidah yang merbahaya. Hamba katakan merbahaya, bukannya kepada pemerintah yang zalim itu, tetapi merbahaya kepada diri mereka sendiri yang terlalu agongkan akal atas kepala terhadap sesuatu perkara yang melibatkan ketuhanan atau agama. Sumber sudah ada, tetapi mungkin mereka masih tidak ternampak akan sumber itu dan dari guru mana yang perlu mereka diajarkan.

Hidup kita tidak lama. Hidup kita sekejap sahaja. Dan percayalah, sebenarnya, setalh kita mati nanti, baru kita sedar bahawa hidup kita sekarang ini hanyalah mimpi..... Mimpi yang akan menjuruskan kita ke neraka atau ke syurga......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?