DAH CAPAI MATLAMAT DAH; BERSIH 2.0.

Tanah Melayu itu unik. Allah SWT telah menjadikan Tanah Melayu ini sebagai negara yang pelik lagi ajaib. Tidak sama dengan negara-negara jirannya. Lihat sahajalah cara bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan. Jauh berbeda dengan Indonesia yang penuh dengan kematian. Di Tanah Melayu, tiada seorang pun yang meninggal dunia dibunuh penjajah. Caranya, kompromi, jadi talibarut dan ikut telunjuk. Memang bijak politik Tanah Melayu.

Dan perkara pelik ini juga sedang berlaku di Malaysia sekarang. Hari ini, hari Jumaat, 8 Julai, 2011, jika dibuat pilihanraya, anda sekelian akan fikir, ke mana undi golongan atas pagar akan berikan? Kepada bn atau PR? Ya, jawapannya adalah PR. Kerana apa? Kerana Bersih 2.0 hendak membuat demo. Belum demo lagi, tetapi baru hendak buat demo.

Sebelum kena sembur dan gas. Masjed Jamek. 2007.
Kenapa pula baru hendak buat demo pengundi atas pagar sudah menyokong ke arah PR, jawapannya senang, semuanya adalah kerana hasil tindakan bodoh kerajaan bn dengan menggunakan polis untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 itu. Hanya dengan melihat tindakan melulu pihak berkuasa diperguna oleh parti politik bn, maka pengundi atas pagar sekarang ini yang selalunya tidur dan tidak mengambil port, sekarang sudah kembali terjaga dari tidur.

Nampak gaya, najib akan pasti menangguhkan kagi tarikh pru sehingga ke penghujung penggal. Bodoh punya bn.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tangguh ke tak tangguh ke, pru 13 nanti insyaallah milik pr.kekuasaan umno telah tiba ke penghujungnya. dari nukilan sejarah, kejatuhan sesebuah kerajaan ditangan rakyat adalah dari kezaliman pemerintah, melanggar perlembagaan. awas umno! rancanglah kehidupan dimasa mendatang. taufan rakyat tidak dapat dibendung lagi.
Tanpa Nama berkata…
Allah Taala yang beri kuasa dan Allah juga yang menarik balik kuasa itu.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?