YG AKAL SEMPIT ANTI BERSIH, MEH BACA SINI.

Hari ini, hamba hendak bercerita, tentang pemikiran manusia yang akal sempit. Jika hamba mengatakan akal bodoh, nampak sangat brutal ayat yang hamba gunakan, maka hamba gunakan ayat akal sempit. Kemudian, akal sempit itu hamba hendak mikrokan tentang perkara khusus, iaitu kejatuhan sesuatu rejim zalim pemerintah. Lebih tepat lagi, rejim zalim pemerintah negara yang dahulunya dijajah penjajah Eropah.

Bagaimana rejim zalim ini dapat dijatuhkan? Adakah ianya dijatuhkan dengan sendirinya? Tidak. Adakah ianya jatuh kerana dikacau kuasa asing? Mungkin. Adakah ianya jatuh kerana pilihanraya? Jauh panggang dari api.

Pelik lagi ajaib jika ada seorang manusia yang boleh beranggapan bahawa rejim zalim boleh dijatuhkan dengan pilihanraya. Memang pelik. Adakah beliau tidak belajar sejarah? Adakah beliau memang tidak tahu sejarah? Atau adakah beliau memang akal sempit yang tidak kecapaian mindanya?

Mari kita lihat sejarah kejatuhan rejim zalim. Tidak payah susah-susah pergi jauh, tidak perlu kita menjenguk Mesir atau Tunisia, tetapi, mari kita jenguk negara jiran kita Indonesia. Sebelum kejatuhan Soeharto, adakah kita ada terbayang, bagaimanakah rejim zalim yang kuat ini boleh dijatuhkan dan diganti dengan kerajaan lain? Ada sesiapa terbayang bahawa Soeharto boleh dikalahkan dalam pilihanraya? Jawabnya, memang tidak ada.

Jadi, apakah penyebabnya rejim yang kuat ini boleh jatuh tersungkur daripada pemerintahan di Indonesia? Jawabnya, kebangkitan rakyat. Dan ia diterjemahkan dengan mereka semua turun ke jalanraya. Menunjukkan perasaan tidak puas hati. Reformasi! Laungan keramat rakyat Indonesia. Dan ratusan rakyat juga telah meninggal dunia akibat dibunuh oleh polis dan tentera, kononnya untuk mengawal keadaan.

Tiadalah pula pada hari ini, rakyat Indonesia menyalahkan Reformasi mereka kerana kematian beratus-ratus pendemo di Jakarta? Malah mereka menyanjung tinggi kepada mereka yang terkorban, hanya kerana mereka BERANI turun ke jalanraya meluahkan perasaan tidak puas hati mereka tentang kezaliman pemerintah.

Maka, adakah kita beranggapan, bahawa Malaysia ini adalah berlainan dengan negara-negara lain bekas dijajah diseluruh dunia? Adakah kita yakin, pemerintah zalim umno bn ini dapat dikalahkan dan dijatuhkan pemerintahan mereka hanya melalui pilihanraya?

Pilihanraya yang nyata berat sebelah. Pilihanraya yang nyata penuh penipuan. Jika pilihanraya di Malaysia ini telus, sudah lama Malaysia ini diganti dengan berbagai-bagai kerajaan yang memerintah. Bukan parti kapitalis melayu umno sahaja.

Jangan bandingkan Malaysia dengan Turki. Jangan. Sesiapa yang membandingkan Malaysia dengan Turki, memang sah akal dia sempit. Kenapa kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan Turki? Ini kerana cara berkempen pilihanraya mereka adalah jauh berbeda.

Perkara pokok utama untuk menang didalam pilihanraya adalah kempen. Apakah yang dimaksudkan kempen? Kempen bermaksud, sesebuah parti yang bertanding memberitahu kepada pengundi apakah dia parti mereka itu. Apa yang boleh diberi oleh parti itu jika mereka memerintah. Apakah dasar parti untuk mentadbir negara jika mereka berjaya memerintah.

Di Malaysia, adakah dibenarkan kempen oleh parti yang bertanding  selain bn? Jawabnya, TIDAK BOLEH! SEMUA akses media, iaitu bahan kempen UTAMA dinafikan oleh parti-parti bertanding selain bn. Media TV, Astro, Akhbar perdana (keluaran tiap-tiap hari), radio, papan iklan, semuanya diLARANG oleh parti pemerintah bn untuk diberi kemudahan kepada parti yang bertanding bukan bn.

Maka, bagaimanakah setiap individu pengundi boleh menilai dengan akal waras dan adil, untuk mengundi parti mana yang lebih baik untuk diberi amanah mentadbir negara?

Maka kepada mereka-mereka yang anti BERSIH. Apakah sebab utama kamu semua anti BERSIH? Kamu anti sebab BERSIH mencanangkan pilihanraya di Malaysia ini menjadi adil dan telus? Apa punya jenis manusia tidak mahukan keadilan ini? Gila ke apa?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
apalah lu bro, dia org mana faham lu punya cerita, org bodoh tatak faham punya.
Tanpa Nama berkata…
mereka anti bersih kerana ada kepentingan (untung)yang sedang mensnti dari BN
Tanpa Nama berkata…
Apa dia kira janji dapat duit sikit cukup. Tentang harga diri tiada bila ada perubahan lebeh baik dia terima juga. Manusia ada darjatnya juga .yang susah susah tu lebeh tinggi dari yang senang.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?